web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Salam Aidilfitri, Marilah Kuatkan Semangat, Perkukuh Kesatuan Rakyat - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 10:14PM

Tangkap layar video ucapan raya daripada Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat bersatu dalam membangun, memartabat dan menyelamatkan pertiwi.

Beliau berkata, sempena Aidilfitri kali ini, rakyat perlu menguatkan semangat, selain membersihkan diri dan jiwa dalam mengangkat negara sebagai satu kesatuan.

“Marilah kita kuatkan semangat, kesatuan rakyat Malaysia, membangun dan menyelamatkan negara serta memulakan dari diri kita setelah Ramadan.

“Kita perlu membersihkan diri, jiwa, supaya mengangkat martabat keluarga, masyarakat, negara kita sebagai satu kesatuan,” katanya.

Anwar berkata demikian menerusi rakaman video sempena Aidilfitri dimuat naik di Facebook beliau.

Menerusi video itu, Perdana Menteri tampil membuat kemunculan khas dengan membeli lemang, sebelum memberi ucapan berkenaan kepada umum.

Selain itu, Anwar berkata, beliau percaya melalui kesepaduan rakyat, ia mampu mengangkat kembali martabat negara.

Katanya, usaha itu sekali gus membolehkan rakyat hidup dalam suasana perpaduan dengan lebih aman dan makmur.

Sempena sambutan Aidilfitri kali ini, beliau mengucapkan selamat hari raya serta maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pengumuman tarikh Aidilfitri akan diumumkan kira-kira jam 8 malam esok, selepas aktiviti melihat anak bulan dilakukan pada waktu petang hari sama di 29 lokasi di seluruh negara.

Malah, pejabat itu memaklumkan, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. - Getaran, 19 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad