web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Krisis Sudan: Rakyat Malaysia Sudah Dipindah Ke Tempat Selamat - Zambry

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 9:24PM

Zambry Abdul Kadir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Puluhan rakyat Malaysia di Kompleks PETRONAS Khartoum, Sudan yang menjadi sasaran krisis di negara berkenaan, sudah berjaya dipindahkan ke tempat selamat lewat petang semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, tindakan itu dilakukan berikutan situasi semakin meruncing di kawasan berkenaan.

Usaha terbabit juga dilaksanakan susulan laporan mengenai pengambilan paksa kompleks berkenaan di Sudan.

“Saya ingin memaklumkan perkembangan terkini melibatkan usaha kerajaan membantu rakyat Malaysia di Sudan. Susulan kepada penilaian risiko dari semua pihak berkenaan, rakyat Malaysia di Kompleks PETRONAS Khartoum yang menjadi sasaran sudah berjaya dipindahkan ke tempat selamat.

“Terima kasih kepada semua pihak terlibat, termasuk pasukan khas yang bekerja sepanjang masa memantau usaha pemindahan tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Zambry berkata, beliau juga sudah mengarahkan Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala), Kementerian Luar, Datuk Norman Muhamad untuk memanggil Duta Besar Sudan dan mengadakan pertemuan bersama, bagi menyuarakan pandangan Malaysia dalam konflik terbaharu.

“Malaysia juga menyampaikan bantahan ke atas tindakan pihak tertentu yang menceroboh kompleks itu.

“Dalam pertemuan berkenaan, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) menekankan keutamaan untuk kesemua pihak di Sudan, memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara berkenaan dipelihara.

“Ia adalah konflik dalaman dan kepentingan warganegara asing tidak harus menjadi sasaran pihak bertelagah,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia sedang mengambil langkah untuk membawa pulang kesemua rakyatnya sebaik keadaan mengizinkan dan memohon kerjasama pihak Sudan, bagi menjamin kelancaran usaha itu.

Katanya, krisis di Sudan turut memberi kesan kepada semua pejabat kedutaan asing.

Malah, ujarnya, terdapat laporan serangan ke atas Duta Besar Kesatuan Eropah ke Sudan, rakyat Jepun dikasari, kenderaan Diplomatik Amerika Syarikat (AS) ditembak dan kediaman rasmi Duta Besar Kuwait ke Sudan diceroboh.

“Sekali lagi, saya ingin menekankan, keselamatan kesemua rakyat Malaysia di Sudan adalah keutamaan kerajaan.

“Perdana Menteri memutuskan kesemua mereka akan dibawa keluar dari Sudan jika keselamatan mereka terancam,” katanya.

Pada masa sama, Zambry berkata, pasukan khas yang diketuai Kementerian Luar, sudah merangka pelan pemindahan untuk membawa pulang 32 rakyat negara ini, berdasarkan data terkini dikongsikan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum.

Menurutnya, ia akan dilaksanakan bersama negara sahabat serta-merta sebaik mempunyai peluang berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, keadaan semasa masih belum mengizinkan proses pemindahan dilakukan kerana pertempuran sedang memuncak.

“Saya memohon kerjasama semua, andai ada lagi ahli keluarga yang berada di Sudan tetapi masih tidak menyatakan keberadaan mereka atas kekangan jalinan komunikasi, segera berbuat demikian. Ini penting bagi perancangan pemindahan kelak.

“Berdasarkan keadaan semasa, jika terdapat peluang untuk berbuat sesuatu, tempoh masa diberikan mungkin amat terhad,” katanya.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, sememangnya amat penting kepada rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara untuk sentiasa menghubungi Pejabat Perwakilan bagi mengemas kini data keberadaan.

“Ini akan membantu kerajaan menggembleng tenaga dan sumber dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia, khususnya semasa keadaan genting, seperti sedang berlaku di Sudan.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang mengarahkan semua masjid membuat solat hajat ke atas kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia di Sudan, seperti dititahkan Seri Paduka Baginda Tuanku.

“Diharapkan dengan doa daripada kesemua rakyat Malaysia, usaha kita membawa pulang rakyat Malaysia di Sudan akan dipermudahkan-Nya,” katanya.

Semalam, Zambry memaklumkan, Wisma Putra, sudah berhubung dengan beberapa negara, seperti Arab Saudi, Turkiye, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, China dan AS serta PBB, bagi membantu proses membawa rakyat Malaysia keluar dari Sudan, sebaik keadaan mengizinkan.

Ketika ini, beliau memaklumkan, keadaan di Sudan masih tegang dengan pertempuran antara kedua-dua pihak bertelagah dilaporkan masih sengit, khususnya di kawasan strategik di Khartoum.

Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum, katanya, masih belum dibuka dan ia menyukarkan perancangan membawa keluar rakyat asing dari pelbagai negara, termasuk Malaysia.

Kelmarin, media melaporkan, angka korban akibat pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) di Sudan, meningkat kepada 56 orang setakat tengah hari.

Pertempuran menyaksikan tembakan dan letupan di kawasan tanah tandus Khartoum itu, turut menyebabkan lebih 600 mangsa cedera. - Getaran, 18 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 33 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad