web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


APM Kemuka 2 Alternatif Tambah Baik Gred Permohonan Penambahan Jawatan Kontrak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 9:56AM

Aminurrahim Mohamed - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengemukakan dua alternatif melibatkan pelbagai gred bagi permohonan penambahan jawatan kontrak di seluruh negara.

Dua alternatif itu ialah perjawatan bagi gred lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah serta perjawatan hingga kumpulan pengurusan dan profesional.

Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed berkata permintaan berkenaan adalah daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) agar penambahan perjawatan kontrak lebih optimum kepada pelaburan kerajaan.

“Permohonan itu masih di peringkat kami (APM) kerana permohonan yang dibuat pada Februari lepas telah dipulangkan semula kepada kami untuk diberikan dua alternatif tersebut.

“Kami juga diminta untuk memberikan anggaran bajet dan keperluan sekiranya melibatkan (penambahan) peringkat gred SPM ke bawah atau hingga ke Ijazah Sarjana Muda,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Prihatin APM sempena Aidilfitri 2023 di Plaza Tol Sungai Besi, di sini malam tadi.

Pada Februari lepas, Aminurrahim dilaporkan telah membuat permohonan agar kerajaan mempertimbangkan penambahan sebanyak 1,501 jawatan kontrak di seluruh negara bagi melengkapkan keperluan penugasan agensi berkenaan.

Sementara itu, mengenai Op Prihatin, beliau berkata ia merupakan kesinambungan kepada Op Bantu yang dilancarkan 11 tahun lepas sebagai usaha APM untuk memberikan lebih impak kepada masyarakat dalam khidmat kemanusiaan.

“Seperti sedia maklum, kesedaran rakyat Malaysia dalam memberi bantuan sesama mereka sudah semakin meningkat dan APM melihat bahawa ia perlu diberikan satu platform agar lebih ramai yang dapat menghulurkan bantuan,” katanya.

Op Prihatin yang akan berlangsung di seluruh negara bermula hari ini (18 April) hingga 1 Mei depan akan membabitkan aktiviti rondaan dan membantu pengguna jalan raya, membantu mangsa bencana, kecemasan dan kemalangan jalan raya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar