web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anthony Balas Dakwaan Tiket Penerbangan Mahal: ‘Seperti Mengidam KFC, Tapi Ke McDonalds’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 8:26PM

Anthony Loke menunjukkan aplikasi harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah pada sidang media di kementeriannya hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke membalas dakwaan dibuat berhubung peningkatan melampau tambang penerbangan pada musim perayaan, dengan mempersoalkan mengapa ia tidak mendidik orang ramai mengenai cara menyemak harga dalam talian dengan betul.

Dalam sidang media hari ini, Anthony meminta mantan Menteri Pengangkutan yang membuat dakwaan itu, Datuk Seri Wee Ka Siong mengelak daripada mengelirukan orang ramai, memandangkan sebenarnya beliau mengetahui mekanisme pendekatan digunakan syarikat penerbangan untuk menentukan tambang penerbangan.

“Mantan menteri (Wee Ka Siong) mesti tahu (Kumpulan) Malaysia Airlines (MAG) ada aplikasinya sendiri. Kalau nak semak tiket MAG, kenapa (pergi) aplikasi AirAsia? Macam nak beli KFC, tapi pergi McDonald’s,” sindirnya.

Anthony berkata, sekiranya Ka Siong mengambil langkah menyemak aplikasi lain, jawapannya pasti berbeza.

“Saya harap dia tidak membuat kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai. Mungkin ramai tidak tahu bagaimana syarikat penerbangan menetapkan harga mereka, tetapi saya pasti Wee (Ka Siong) tahu mekanisme yang digunakan syarikat untuk menetapkan harga mereka,” katanya.

Loke menambah bahawa beliau tidak mempertikaikan dakwaan Ka Siong, tetapi mengulangi bahawa pemimpin itu harus mendidik orang ramai mengenai semakan harga pintar sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, bukannya mengeluarkan kenyataan seperti itu, seolah-olah untuk mendapatkan ‘perhatian’ atau ‘pujian’.

Menurut Ahli Parlimen Seremban itu, harga tiket yang dikongsi Ka Siong diambil dari aplikasi AirAsia Super App, satu daripada pelbagai platform pihak ketiga yang menjual tiket penerbangan.

Justeru jelasnya, beliau telah dimaklumkan oleh Ketua Eksekutif  Malaysia Airlines Bhd (MAB), Izham Ismail bahawa terdapat pertikaian antara syarikat berkenaan dan AirAsia, malah MAB telah memfailkan injuksi yang melarang AirAsia menjual tiket secara atas talian.

Loke berkata, MAB memiliki sistem harga tiket penerbangan yang dinamik, dan hampir 80 peratus tiket penerbangan sehala kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Tawau dijual pada harga antara RM209 dan RM841 untuk musim perayaan Aidilfitri.

Baki 12 peratus lagi untuk kerusi kelas ekonomi dijual antara harga RM905 ke RM1,226 manakala hanya dua peratus dijual pada harga maksimum RM1,398.

Kelas ekonomi hanya membenarkan bagasi kabin seberat tujuh kilogram, manakala bagasi daftar masuk dan perubahan tiket tidak dilarang.

Jelas Loke, MAB menawarkan 6,804 tiket penerbangan pergi balik, dengan 73 peratus kerusi telah terjual.

Katanya, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau telah habis ditempah untuk tempoh 19 hingga 25 April, dan kekosongan hanya terdapat untuk penerbangan dari Tawau ke Kuala Lumpur.

AirAsia pula katanya, menjual sekitar 19,000 daripada 22,464 tiket di bawah program penerbangan Tengah Malam, yang dilancarkan pada 7 Mac.

Program terbabit menawarkan 124 tiket tambahan pada harga tetap bermula 19 hingga 21 April, dan 28 hingga 30 April.

Penerbangan dari Semenanjung ke Sarawak dijual pada harga RM199 manakala RM249 untuk Sabah.

Sempena musim perayaan, Loke berkata MAB menggunakan sepenuhnya kesemua 47 pesawat Boeing 737-800 MAX dan lapan A330 Widebody Aircraft untuk menampung permintaan pelanggan yang mahu pulang ke kampung halaman.

Tambahnya, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia telah meluluskan 527 penerbangan tambahan untuk Aidilfitri.

Sejumlah 184 penerbangan tambahan adalah daripada MAB, manakala selebihnya daripada Batik Air (173), AirAsia (130), Firefly (18), MASWings (12) dan MyAirline (10). - The Vibes, 17 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad