web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wisma Putra Pantau Pertempuran Di Khartoum, 29 Rakyat Malaysia Selamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2023 7:15AM

Pertempuran antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) telah memasuki hari kedua. - Gambar dari artigercek.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wisma Putra memantau secara dekat pertempuran di Khartoum, Sudan dan bersedia membawa keluar semua rakyat Malaysia di negara itu sekiranya perlu.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan rakyat Malaysia di sana terjamin selamat.

“Mesyuarat antara agensi dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala, Kementerian Luar Negeri, Datuk Norman Muhamad, semalam.

“Tujuan mesyuarat adalah untuk mendapatkan maklumat terkini situasi semasa di Sudan serta berbincang mengenai cadangan sesuai bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di sana terjamin semasa konflik ini.

“Mesyuarat penyelarasan ini turut melibatkan MKN, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Perdana Menteri Bahagian Penyelidikan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan PETRONAS,” katanya dalam kenyataan.

Zambry Abdul Kadir
Zambry Abdul Kadir

Menurut beliau, seramai 29 rakyat Malaysia sudah dikenalpasti berada di Sudan dengan kebanyakannya pelajar dan semua dilaporkan selamat.

“Mereka terdiri daripada 11 pelajar; tiga 'home-based staff' dan lapan ahli keluarganya; masing-masing seorang yang bekerja dengan PETRONAS; Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Sementara itu, dua lagi bekerja dengan PBB di Wilayah Abyei serta juga masing-masing seorang yang bekerja di World Vision dan di Hotel Lian Tian International,” katanya.

Zambry berkata, bilik operasi 24 jam juga sudah dilancarkan di Wisma Putra bagi memantau keadaan semasa kejadian di Sudan, di samping komunikasi berkumpulan melalui WhatsApp turut dilakukan.

“Kepada rakyat Malaysia yang berada di sana, dinasihatkan mengambil langkah berjaga- jaga dan tidak mengambil risiko untuk keluar buat sementara waktu.

“Mereka boleh berhubung terus dengan Malawakil Malaysia di Sudan dan sebarang makluman atau tindakan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Media antarabangsa semalam melaporkan, angka korban akibat pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) di Sudan meningkat kepada 56 orang setakat tengah hari.

Pertempuran yang menyaksikan tembakan dan letupan di kawasan tanah tandus Khartoum itu turut menyebabkan lebih 600 mangsa cedera. - Getaran, 17 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad