web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zamri Nasihat Umat Islam Tidak Terpengaruh Penetapan Aidilfitri Negara Lain

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 9:00PM

Zamri Hashim berkata penetapan 1 Syawal di negara ini berdasarkan Ikmanur Rukyah (kebolehnampakan anak bulan Syawal) yang bergantung kepada cerapan yang akan dilakukan 20 April nanti - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Umat Islam di negara ini dinasihat supaya tidak terpengaruh dengan berita penetapan Aidilfitri di negara lain yang mendakwa 1 Syawal akan jatuh pada Jumaat, 21 April ini. 

Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim berkata penetapan 1 Syawal di negara ini berdasarkan Ikmanur Rukyah (kebolehnampakan anak bulan Syawal) yang bergantung kepada cerapan yang akan dilakukan 20 April nanti. 

"Tiada isu sebenarnya pada tahun ini kerana menurut data yang diperoleh dan diukur, amat sukar untuk kita melihat anak bulan di tempat kita (Malaysia). 

"Namun, masyarakat terkesan dengan sumber-sumber dari negara luar yang sudah tentu ukuran anak bulannya berbeza-beza, umur bulan juga berbeza," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pemberian Kelengkapan Baju Raya kepada Asnaf bersama Yayasan Ikhlas di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Sebanyak 29 lokasi di seluruh negara akan melaksanakan cerapan anak bulan untuk menentukan tarikh 1 Syawal pada 20 April ini.

Sebelum ini, terdapat kegusaran rakyat Malaysia terhadap berulangnya sejarah 'raya terkejut' seperti tahun lepas dan spekulasi 1 Syawal pada Jumaat 21 April ini tular menerusi media sosial akhir-akhir ini. 

Sementara itu, Zamri berkata umat Islam dinasihat menunggu pengisytiharan Majlis Raja-Raja pada malam 20 April dan bersatu hati meraikan 1 Syawal seperti diumumkan nanti. 

"Ikutlah apa yang ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja iaitu pada malam ke-29 bagi pengumuman tersebut. Jangan panik kerana raya terkejut atau tidak, yang penting adalah kita mematuhi rukun dengan bertakbir dan melakukan solat sunat Aidilfitri. Kita tumpu hari raya sebagai ibadah.

“Kewajipan pemerintah adalah untuk melihat syiar Islam ditegakkan kerana kita perlu memastikan umat Islam bersatu padu. Kita tidak mahu berlaku seperti di negara lain yang tarikhnya berbeza-beza seperti pada sekitar tahun 80-an sehinggakan Majlis Raja-Raja telah membuat satu ketetapan standard agar dapat dipatuhi oleh semua umat islam di Malaysia,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad