web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kurangkan Kos Sara Hidup Rakyat, Jualan Rahmah Diperluas Ke Seluruh Pahang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 6:03PM

Fuziah Salleh menunjukkan ayam seberat lebih dua kilogram yang dijual pada harga RM10 seekor sempena Jualan Rahmah Aidilfitri peringkat negeri Pahang berbanding harga normal RM9.40 sekilogram pada hari biasa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang akan memperluaskan program jualan Rahmah ke semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri berkenaan secara berperingkat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, setakat ini jualan Rahmah dilaksanakan di 14 kawasan Parlimen di seluruh daerahnya dengan nilai jualan RM579,000.

Menurutnya, jualan Rahmah setakat ini sudah dilaksanakan di 3,223 lokasi, merangkumi 118 kawasan Parlimen di seluruh negara dengan nilai jualan sebanyak RM54 juta.

“Terkini, KPDN turut melancarkan Program Jualan Rahmah sempena Aidilfitri Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung serentak di 14 kawasan Parlimen selama dua hari, bermula hari ini hingga esok.

“Program jualan itu melibatkan 70 item, terdiri daripada barangan keperluan asas dan harian yang dijual pada harga menjimatkan, antara 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga semasa setempat,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Terdahulu, beliau menyempurnakan pelancaran Program Jualan Rahmah sempena Aidilfitri Peringkat Negeri Pahang di pekarangan Dewan Datuk Shahbandar, Bandar DARA, Felda Chini di sini.

Sebelum ini, KPDN memaklumkan akan mengadakan lebih banyak sesi libat urus bersama pengilang, supaya mereka dapat menyertai kerajaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup dan bahan mentah peniaga.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihak kementerian itu akan mendapatkan senarai pengilang berkaitan bagi memastikan usaha KPDN melalui Jualan Rahmah kekal mampan.

Ujarnya, ia dilakukan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan rakyat, terutama dalam kalangan golongan kurang berkemampuan

Sebagai usaha itu, jelasnya, Kumpulan Linaco, iaitu pengeluar produk bahan asas masakan di bawah jenama Rasaku, menjadi pengilang kedua selepas syarikat pengeluar biskut, Julie’s yang menyertai inisiatif Jualan Rahmah bagi meringankan beban kos hidup rakyat menjalani Ramadan dan menyambut Aidilfitri.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, program itu dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan penduduk di negeri berkenaan untuk membuat persiapan Aidilfitri.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar lebih ramai pemain industri, khususnya pasaraya menjalinkan kerjasama serta berganding bahu bersama kerajaan bagi menjayakan inisiatif terbabit. 

“Semua rakyat setempat, khususnya pengguna di Chini boleh datang berbelanja di sini dan mendapat manfaat Inisiatif Payung Rahmah yang dilaksanakan, sebagai sebahagian daripada usaha membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. 

“Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada [email protected]," katanya. - Getaran, 16 April 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad