web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin UMNO Labuan Tandatangan Surat Aku Janji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 4:06PM

Mohd Rafi Alli Hassan berkata langkah itu selaras dengan arahan kepimpinan UMNO pusat agar semua pemimpin parti menunjukkan kesetiaan mereka - Gambar Facebook Mohd Rafi Alli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN -Semua pemimpin UMNO Bahagian Labuan telah menandatangani surat aku janji sebagai bukti kesetiaan kepada parti.

Ketua UMNO Labuan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata langkah itu selaras dengan arahan kepimpinan UMNO pusat agar semua pemimpin parti menunjukkan kesetiaan mereka.

“Penandatanganan surat aku janji itu tidak dilakukan pada masa lepas, dan inilah masa yang penting buat semua pemimpin parti yang diberi tanggungjawab untuk menunjukkan komitmen dan kesetiaan penuh mereka kepada parti.

“Seperti yang kita tahu, terdapat banyak kes mengenai pemimpin UMNO, sebagai contoh di Sabah yang telah ‘melompat’ selepas melihat peluang dalam parti politik lain, dan surat ini penting kerana menggariskan terma dengan jelas seperti yang dipersetujui pemimpin mengikut perlembagaan parti,” katanya selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada 60 asnaf di Desa Tunas Hijau malam tadi.

Mohd Rafi berkata sebanyak 30 ahli jawatankuasa UMNO Labuan (termasuk 10 ahli dilantik) serta pemimpin daripada sayap Wanita, Puteri dan Pemuda telah mengangkat sumpah dan menandatangani surat itu semalam.

Mohd Rafi yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata mereka yang didapati melanggar mana-mana klausa yang ditetapkan dalam surat aku janji itu akan berdepan tindakan tatatertib.

“Mereka yang didapati tidak setia kepada parti akan berdepan tindakan seperti dibuang atau digantung keahlian untuk tempoh tertentu,” katanya.

Beliau berkata UMNO Bahagian Labuan kini sedang menjalankan program pemutihan atau pembatalan pendaftaran bagi ahli yang menyertai parti lain sejak 2018.

“Kami mementingkan kualiti daripada kuantiti, tiada gunanya mempunyai ahli yang ramai tetapi mereka tidak dapat menyumbang dan tidak setia,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Datuk, 2 Cucu Maut Rumah Terbakar

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad