web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya Gerhana Matahari Separa Dapat Dilihat Di Malaysia Khamis Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 7:00AM

Kita tidak dapat menyaksikan gerhana anulus-penuh kerana laluan bayang-bayang umbra dan antumbra bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut. - Gambar Agensi Angkasa Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan penduduk di negara ini tidak dapat menyaksikan gerhana matahari hibrid atau juga dikenali sebagai gerhana anulus-penuh pada Khamis depan.

Sebaliknya, MYSA berkata, hanya fenomena gerhana matahari separa sahaja akan berlaku di Malaysia pada hari berkenaan.

Katanya, selain Malaysia, fenomena gerhana matahari separa juga boleh dilihat di Hindia Timur, Australia, Filipina dan New Zealand.

“Di Malaysia, kita tidak dapat menyaksikan gerhana anulus-penuh kerana laluan bayang-bayang umbra dan antumbra bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.

“Kita hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa mulai jam 11 pagi hingga 1.30 petang dengan litupan dua peratus di bahagian utara Semenanjung dan litupan semakin bertambah sehingga 43 peratus di Sabah kerana bayang-bayang penumbra bulan melalui Malaysia pada waktu itu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut kenyataan itu lagi, fenomena gerhana matahari hibrid pula hanya boleh dilihat di sebahagian Australia, Timor-Leste, Indonesia (Papua Barat dan Papua) mulai jam 9.35 pagi dan berakhir jam 3 petang, Khamis depan.

Katanya, fenomena tersebut berlaku pada 4.1 hari selepas bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari bumi dengan jarak 367,968 kilometer (km).

“Magnitud gerhana matahari hibrid kali ini adalah 1.0132. Laluan gerhana selebar 49 km ini bermula di Lautan Hindi ketika matahari terbit dan berakhir ketika matahari terbenam di Lautan Pasifik dan hanya melintasi kawasan darat di sebahagian Australia Barat, Timor-Leste dan Papua Barat.

“Ketika fenomena ini berlaku, gerhana anulus-penuh akan kelihatan dalam beberapa saat di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dengan gerhana maksimum di Exmouth, Australia Barat (kurang seminit), Timor-Leste (1 minit 14 saat) dan Papua Barat (1 minit 9 saat),” katanya.

Susulan itu, MYSA menasihati orang ramai untuk menggunakan penuras khas bagi menyaksikan fenomena tersebut.

Katanya, tindakan melihat fenomena itu tanpa mengunakan sebarang penuras yang sesuai adalah dilarang kerana ia boleh menyebabkan kerosakan mata atau buta kekal.

“Pemerhati boleh menggunakan aplikasi astronomi seperti TheSky, SkySafari, Stellarium dan sebagainya untuk melakukan simulasi sendiri di lokasi masing-masing dan mendapatkan anggaran waktu fenomena tersebut berlaku.

“Anda boleh juga menyemak waktu dan laluan fenomena tersebut dengan merujuk kepada peta gerhana interaktif oleh Xavier Jubier, xjubier.free.fr/.../HSE_2023_GoogleMapFull.html...,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan Program Pencerapan Gerhana Matahari Separa 2023 akan diadakan di Planetarium Negara Kuala Lumpur dan di bandar Tawau, dengan cermin mata gerhana (eclipse glasses) percuma diedarkan di kedua-dua lokasi bagi membolehkan pengunjung menyaksikan fenomena itu dengan selamat.

Beberapa teleskop dengan penuras khas juga akan disediakan bagi membolehkan pengunjung menyaksikan keadaan itu dengan lebih jelas dan selamat, selain mengabadikan gambar gerhana sama ada menggunakan telefon pintar atau kamera digital lensa tunggal (DSLR) yang digabungkan dengan kemudahan pencerapan yang disediakan.

Selain itu, penstriman langsung di laman Facebook dan Youtube Planetarium Negara turut disediakan, dengan imej yang bakal dikongsikan adalah fenomena gerhana di Malaysia atau imej yang diambil daripada lokasi lain di seluruh dunia yang turut mengalami gerhana matahari hibrid atau separa.

Gerhana matahari separa adalah fenomena yang jarang berlaku dengan kali terakhir adalah pada 21 Jun 2020 dan ia hanya akan berlaku semula pada 2 Ogos 2027, iaitu sekitar empat tahun lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fenomena Gerhana Matahari Separa, sila klik di sini. – Getaran, 15 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Zahir Ucapan Selamat Hari ATM Ke-90, Semoga Terus Disegani, Dihormati

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Penganggur Buat Komunikasi Jelik Terhadap Sultan Selangor Kena Penjara, Denda

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad