web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penganggur Buat Komunikasi Jelik Terhadap Sultan Selangor Kena Penjara, Denda

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 2:52PM

Penganggur, Mohamad Azlan Ibrahim (kanan) dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor serta gagal memberikan kata laluan di laman Facebook miliknya. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah membuat serta menghantar komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor dan gagal memberikan kata laluan di laman Facebook miliknya.

Hakim N. Priscilla Hemamalini turut memerintahkan Mohamad Azlan Ibrahim, 47, selaku Orang Kena Saman (OKS) menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini atau dipenjara tiga bulan jika OKS gagal membayar denda.

Mohamad Azlan, yang memakai jaket dan kopiah hitam dilihat membaca al-Quran semasa berada di galeri awam sebelum prosiding bermula.

Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Azlan didakwa membuat hantaran komunikasi jelik terhadap sultan dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebooknya, menggunakan laman profil 'Iman Mustaqim' pada 28 Ogos lalu dan pautan itu kemudian dilihat di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di sini pada 11.37 pagi, 29 Ogos.

Dia dituduh mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Mohamad Azlan juga didakwa gagal memberi kata laluan laman profil aplikasi Facebook 'Iman Mustaqim' yang diminta oleh seorang pegawai polis di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada 11.25 pagi, 31 Ogos lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 249 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 242 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Abdul Malik Ayob memohon hukuman pemenjaraan serta denda berat, mengambil kira kesalahan serius OKS yang menimbulkan kemarahan masyarakat serta mengganggu keharmonian negara.

“Tindakan OKS membuat hantaran jelik menghina Sultan Selangor telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia dan kegagalan memberikan kata laluan Facebooknya seperti yang diminta oleh pegawai polis menunjukkan dia tidak mahu memberikan kerjasama terhadap pihak berkuasa.

"Dalam kes ini, sultan adalah simbol perpaduan negara dan tindakan OKS memperlekehkan kedaulatan raja-raja Melayu boleh menjejaskan kestabilan, keharmonian dan keselamatan negara," katanya yang turut mengendalikan kes bersama TPR, Nor Azizah Aling.

Mohamad Azlan yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia tidak bekerja dan menjaga ibu yang sakit di kampung serta perlu membawa bapa saudaranya yang buta ke hospital untuk mengambil ubat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Siew Ki, Ronnie Liu, Datang Seminggu Sekali Hayati Makna Rukun Negara’ - Sultan Sharafuddin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

'Tiada Siapa Kaya Dalam Politik Melainkan Penyangak’ - Petikan Dikongsi Sultan Selangor Tarik Perhatian Ramai

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad