web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penahanan Pegawai Kementerian Sumber Manusia Bukti Pendirian Anti Rasuah PM – Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 4:50PM

Fahmi Fadzil berkata, siasatan SPRM membabitkan agensi pengambilan pekerja asing adalah bukti ketegasan Anwar Ibrahim terhadap mewujudkan kerajaan yang bebas rasuah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERI KEMBANGAN – Penahanan beberapa pegawai Kementerian Sumber Manusia oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerlahkan keazaman Kerajaan Perpaduan untuk menghapuskan rasuah daripada pentadbirannya.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, siasatan SPRM membabitkan agensi pengambilan pekerja asing adalah bukti ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mewujudkan kerajaan yang bebas rasuah.

“(Anwar) telah memperincikan pendirian anti rasuahnya beberapa kali dalam ucapan bulanannya kepada pegawai di Pejabat Perdana Menteri.

“(Penangkapan) adalah bukti komitmen (Anwar) untuk membersihkan kerajaan daripada gejala rasuah.

“Kami akan membenarkan SPRM menjalankan siasatan mereka. Jika mereka yang ditahan dibawa ke mahkamah, maka kita akan mematuhi proses mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita di Seri Kembangan di sini, hari ini.

Menurut Fahmi, Anwar tidak akan menawarkan ‘perlindungan’ kepada pegawai kerajaan yang didapati melakukan kesalahan.

Sebaliknya, beliau berkata, pesalah perlu menanggung sendiri akibat daripada tindakan yang dilakukan.

“(Anwar) telah berkata bahawa jika mana-mana menteri atau kakitangannya berada di bawah pengawasan SPRM, beliau tidak akan melindungi sesiapapun.

“Tidak kira siapa yang terlibat, jika SPRM menemui bukti sebarang salah laku, maka mereka akan dibawa ke mahkamah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Beliau juga berkata, Anwar telah mengarahkan semua menteri untuk mengeluarkan peringatan anti-rasuah yang tegas kepada pegawai dan kakitangan mereka.

“Terdapat jangkaan tinggi (ke atas kerajaan Anwar) untuk membersihkan negara daripada rasuah,” katanya sambil menyatakan, orang ramai tidak boleh membuat kesimpulan sebelum mendapat maklumat rasmi daripada SPRM mengenai siasatannya.

Semalam, SPRM menahan seorang pembantu kanan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar ketika serbuan sedang dijalankan di kementerian itu.

Selain menahan pembantunya, badan pencegah rasuah itu turut memanggil pegawai kanan kementerian dan kontraktor untuk membantu siasatan berhubung tuduhan rasuah.

Difahamkan, penahanan itu berkaitan dakwaan bahawa mereka yang terlibat telah menubuhkan agensi pengambilan pekerja asing untuk mendapatkan kelulusan daripada kementerian walaupun terdapat konflik kepentingan.

Sivakumar dalam satu kenyataan ringkas semalam, menggesa media supaya tidak membuat andaian atau spekulasi yang boleh menjejaskan mana-mana pihak sehingga siasatan agensi yang berkenaan selesai. - The Vibes, 14 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad