web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persekutuan Usaha Bina Hubungan Baik Dengan Kerajaan Negeri Pembangkang - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 4:35PM

Anwar Ibrahim di majlis pelancaran pembangunan Masjid Mengkuang Titi - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM  - Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha membina hubungan baik dengan kerajaan negeri yang diterajui pembangkang bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa didahulukan selaras konsep MADANI. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini dapat dibuktikan apabila Kerajaan Persekutuan tetap mengutamakan apa-apa keperluan yang diminta kerajaan negeri yang bersifat segera dan mendesak, walaupun terdapat perbezaan politik. 

Beliau berkata sebagai contoh, Kerajaan Persekutuan bersetuju menambah projek Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Golok, Kelantan, berikutan masalah banjir yang sering dialami negeri di bawah pimpinan Perikatan Nasional (PN) itu. 

“Kerana masalah banjir ini serius, masalah banjir di Kelantan lebih berat daripada masalah banjir di Permatang Pauh, jadi walaupun kita boleh bantu sedikit di sini (Pulau Pinang) kita kena beri keutamaan (Kelantan) walaupun kerajaan negeri itu berbeza parti, ini kenyataan. 

“Sebab itu saya nak bezakan fakta dan rekaan, rekayasa, di dalam politik kita kena beringat,” katanya dan menambah apa yang dituturkan mestilah berdasarkan fakta dan bukan semberono.

Anwar berkata demikian pada Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Mengkuang Titi di sini hari ini.

Anwar berkata dalam pertemuannya dengan Menteri Besar Kelantan, beliau juga mengambil maklum cadangan-cadangan penambahbaikan yang diutarakan, dengan sebahagiannya dipersetujui beliau dan turut mengarahkan pihak yang berkaitan untuk mengambil tindakan segera. 

Mengulas lanjut, Anwar berkata hubungan baik dengan kerajaan negeri juga dibuktikan menerusi lawatannya ke Terengganu esok, apabila Menteri Besar Terengganu sendiri turut mengalu-alukan kedatangan tersebut dan memberikan kerjasama yang baik.

“Itulah cara kerjasama Persekutuan dengan negeri, masa pilihan raya kita lawanlah,  lepas itu amanlah, baru boleh jaga kehidupan rakyat. Jadi itulah yang saya harap dalam kalangan kita supaya ada semangat bahawa perbezaan ini mempertajam hubungan persaudaraan dalam kalangan kita,” katanya. 

Beliau berkata walaupun terdapat naratif yang mengatakan bahawa beliau tidak memberikan peruntukan sama rata kepada negeri, namun hakikatnya, peruntukan untuk empat negeri yang dipimpin PN tetap ditambah dalam Belanjawan 2023.

“Peruntukan bagi Kelantan, Perlis, Terengganu, Kedah pun saya tambah, walaupun (Kedah) ada celaru sikit,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata masjid berperanan penting sebagai tonggak memperkukuh keimanan, dengan jawatankuasa masjid perlu mengimarahkan rumah Allah itu menerusi aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kefahaman kepada Islam dan mengelakkan perpecahan.

“Masjid lambang keislaman dan kehidupan masyarakat Islam, ia bukan didirikan untuk kebanggaan atau bermegah-megah tapi untuk membawa ketakwaan kepada Allah SWT,” katanya. 

Sebelum itu, Anwar melancarkan pembangunan Masjid Mengkuang Titi yang akan dibina dengan kos keseluruhan RM9 juta iaitu peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM5.4 juta dan RM1.1 juta daripada kerajaan negeri manakala baki RM2.5 juta lagi adalah hasil sumbangan diperoleh pihak pengurusan masjid. 

Masjid dengan reka bentuk bangunan dua tingkat itu dibina di tanah berkeluasan 1.29 hektar milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dijangka mampu menampung sejumlah 1,500 jemaah pada satu-satu masa.

Anwar berkata projek berkenaan yang telah diusulkan kariah kampung itu sejak 2019 akan dimulakan secepat mungkin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 11 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 3 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 5 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar