web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Skop Projek Rintis Intervensi KKM Diperluas - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 2:34PM

Sehingga 9 April 2023, purata kedatangan pesakit zon hijau ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, HTAR telah mencatatkan penurunan kedatangan pesakit sebanyak 54 peratus. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skop projek rintis intervensi pemanjangan tempoh operasi akan diperluas ke klinik kesihatan lain seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia susulan hasil memberangsangkan yang dicatatkan projek rintis di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Klinik Kesihatan Bandar Botanik (KKBB) di  Klang. 

Menurut beliau, projek rintis di kedua-dua fasiliti itu melibatkan tindakan segera intervensi menerusi pemindahan operasi zon hijau (bukan kecemasan) Jabatan Kecemasan HTAR ke KKBB di luar waktu operasi bermula pada 25 Mac lalu, dengan KKBB melanjutkan waktu operasi sehingga 9.30 malam setiap hari.

“Sehingga 9 April 2023, purata kedatangan pesakit zon hijau ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, HTAR telah mencatatkan penurunan kedatangan pesakit sebanyak 54 peratus. 

“Trend penurunan ini berlaku lebih ketara pada hari Sabtu dan Ahad, serta selari dengan peningkatan kedatangan pesakit ke KKBB selepas intervensi pelanjutan tempo operasi ini dilaksanakan bermula 25 Mac lalu,” katanya hari ini.

Dr Zaliha Mustafa
Dr Zaliha Mustafa

Dr Zaliha berkata, projek berkenaan adalah kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) dan agensi kerajaan berkaitan bagi mengurangkan kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan di hospital kerajaan.

Projek ini jelas beliau, merupakan antara inisiatif Bitara Madani yang dipacu oleh Pasukan STAR bagi menyelesaikan segera masalah dan kesulitan dihadapi oleh rakyat. 

“Status terkini pelaksanaan projek rintis bag mengurangkan kesesakan pesakit di hospital kerajaan telah dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia Madani (MTMM) Bilangan 1/2023 pada 13 April lalu, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Dr Zaliha memberitahu, lima klinik kesihatan telah dipilih untuk tujuan ini, masing-masing melibatkan daerah Gombak, Hulu Langat, Ipoh, Johor Bharu dan di ibu negara.

“Di samping pelanjutan waktu operasi di klink kesihatan, tujuh lagi tindakan penelesaian jangka pendek dan jangka sederhana bagi mengurangkan kesesakan pesakit di hospital kerajaan juga sedang dilaksanakan. 

“Antaranya adalah pelaksanaan rintis Skim Perubatan Madani, semakan semula akta, pekeliling dan garis panduan berkaitan, pelaksanaan pengurusan LEAN, perluasan perkhidmatan penjagaan kesihatan virtual serta strategi komunikasi melalui behavioral insight yang  sedang berjalan dengan kerjasama lementerian dan agensi kerajaan berkenaan,” katanya.

Beliau menambah, KKM amat menggalakkan pesakit yang tidak mengalami sakit kritikal untuk mendapatkan rawatan di Klinik Keshatan. 

“Pendekatan ini dapat membantu doktor dan anggota kesihatan dalam memberikan rawatan segera kepada pesakit kritikal di Jabatan Kecemasan hospital kerajaan,” katanya. - Getaran, 14 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam