web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Insentif Kerjaya Madani 2023 Dilancar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 7:16AM

V Sivakumar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia semalam melancarkan Insentif Kerjaya Madani 2023 merangkumi Program Daya Kerjaya, Daya Kerjaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Program Bina Kerjaya.

Menteri berkenaan V Sivakumar berkata menerusi Program Daya Kerjaya, majikan yang mengambil pekerja dalam kalangan belia yang lama menganggur, Orang Asli, wanita, Orang Kurang Upaya (OKU), miskin tegar, individu diparol, bekas banduan dan graduan TVET akan diberikan insentif kewangan.

“Insentif kewangan akan diberikan kepada majikan bagi permohonan yang dilakukan mulai 1 April 2023 bagi mana-mana pengambilan pekerja baharu mulai 1 Jan 2023. Jumlah insentif yang akan diperuntukkan ialah RM600 sebulan selama tempoh tiga bulan,” katanya pada majlis iftar Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini, malam tadi.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud.

Beliau berkata bagi Program Bina Kerjaya pula ia bertujuan memperkasakan pasaran buruh untuk meningkatkan potensi individu yang sedang bekerja di bawah sektor tidak formal untuk memperoleh pekerjaan formal melalui pengajian antaranya Recognition of Prior Experiental Learning (RPEL), microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf dengan kadar tanggungan bayaran latihan hingga RM4,000 dan elaun RM300 sebulan bagi tempoh maksimum untuk tiga bulan.

Sivakumar berkata dalam menjayakan kedua-dua program itu, kementerian menerusi Perkeso akan mengadakan kempen bagi menggalakkan majikan supaya memberi perhatian dan keutamaan kepada pekerja tempatan dalam pengambilan pekerja baharu.

Beliau berkata kementerian juga akan memberi fokus kepada pembangunan Pusat Satelit MYFutureJobs di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara bagi membolehkan majikan dan pencari kerja mendapat  kemudahan akses pekerjaan dengan lebih cepat dan mudah.

Dalam pada itu, Mustapha dalam ucapannya berkata menerusi Program Daya Kerjaya TVET atau Program Transisi Pekerjaan pula menyasarkan 17,000 permohonan dalam kalangan perantis TVET dan lepasan sekolah yang menganggur sekurang-kurangnya 30 hari untuk menjalani Program Peningkatan Kemahiran dengan pembiayaan bayaran latihan hingga RM4,000.

Sementara itu, kira-kira 90 anak yatim dan 40 ibu tunggal diraikan dalam majlis berkenaan, selain Perkeso turut menyampaikan bayaran faedah berjumlah lebih RM174,000 kepada 11 penerima faedah skim Perkeso. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Pembiayaan Tambahan RM200 Juta Disediakan Untuk Program TVET - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan