web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Jual Air Ketum Di Sekitar Putrajaya Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 6:55PM

Seorang penjawat awam ditahan di Presint 9, Putrajaya kerana disyaki menjual dan mengedar air ketum di sekitar Putrajaya. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Polis menahan seorang penjawat awam tengah malam tadi di Presint 9 di sini kerana disyaki menjual dan mengedar air ketum di sekitar Putrajaya.

Lelaki berumur 38 tahun itu dicekup anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya semasa berada di lobi sebuah apartmen di Presint 9 kerana memiliki dua botol cecair disyaki air ketum.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi hari ini berkata ketika siasatan awal, lelaki berkenaan mengaku menjual air ketum di kawasan sekitar Putrajaya pada harga RM20 sebotol.

Menurutnya, lelaki berkenaan memperoleh bekalan air ketum daripada seorang lelaki bernama "Roy" di Kampung Labu Lanjut, Sepang, sebanyak 10 botol seminggu dengan harga RM18 sebotol.

A. Asmadi berkata hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan jenayah narkotik dan jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad