web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dipanggil ‘Anak Setan’, Ain Husniza Mungkin Dibuang Sekolah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2021 11:40AM

Ain Husniza

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Remaja yang membuat pendedahan terhadap guru sekolahnya yang membuat jenaka tentang rogol telah diberi amaran yang beliau mungkin dibuang sekolah jika terus ponteng sekolah.

Ain Husniza Saiful Nizam, 17, tidak menghadirkan diri ke sekolah sejak pendedahannya dua minggu lalu kerana bimbang akan keselamatannya selepas menerima ugutan rogol daripada seorang rakan sekolahnya.

Bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab, memberitahu The Vibes yang Ain Husniza telah menerima surat amaran kerana ponteng sekolah daripada 26 hingga 28 April.

“Surat itu diterima pada 4 Mei,” katanya.

Ain Husniza mendedahkan jika dia terus ponteng dirinya mungkin akan dibuang sekolah dalam satu siri ciapan di akaun Twitternya awal pagi tadi.

Ain Husniza berkata sebelum surat itu dikeluarkan, bapanya telah berjumpa dengan pengetua sekolah pada hari yang sama dan menerima sokongan daripadanya.

“Walaubagaimanapun, mereka tetap mengeluarkan surat amaran ini pada hari yang sama,” katanya.

Remaja itu berkata yang beliau luluh hati yang pihak sekolah memilih keputusan itu bila dia sedang berkempen untuk memastikan sekolah selamat untuk murid-murid.

“Para guru, bukankah kamu mengajar kami untuk berfikir dan membentuk pendapat sendiri? Saya sedang buat apa yang kamu ajar. Kenapa saya dihukum?

“Guru yang membuat jenaka rogol dan murid yang mengugut untuk merogol saya tidak diambil tindakkan pun, tetapi saya mungkin dibuang sekolah. Ini akan menyusahkan hidup saya.

“Para pendidik, berapa banyak hidup yang telah kamu musnahkan? Daripada masalah yang cuba disorokkan. Daripada murid-murid yang kamu cuba halang daripada bersuara. Daripada pedofil yang kamu cuba lindungi. Daripada sistem korup yang kamu cuba tegakkan,” tambah Ain Husniza.

Beliau terkilan bila murid-murid bersuara menentang sekolah dan guru-guru mereka selalu dihukum dan dihalang bersuara.

Ain Husniza berkata yang dirinya banyak menerima mesej memberi sokongan daripada murid-murid yang berdepan dengan pembuangan sekolah selepas bersuara terhadap guru-guru yang melakukan gangguan seksual dan membuat jenaka lucah, tetapi tidak berdepan apa-apa tindakkan.

“Sekarang suara kami, murid-murid, telah kedengaran. Dan saya pinta yang golongan dewasa, pendidik, pihak kerajaan, ahli politik, sesiapa sahaja... tolong selamatkan kami,” kata Ain Husniza.  

Komen Ain Husniza hadir selepas beberapa jam beliau menerima komen jelik di Facebook yang kononnya datang daripada pengetuanya sendiri, Sarimah Mohammed Nor, menerusi akaun Aimanaizad Sarimahmohammednor.

Namun begitu, beberapa orang telah berkata yang komen-komen itu ditulis oleh anak lelaki Sarimah yang autistik.

Komen jelik itu dibuat pada hantaran Saiful Nizam malam tadi dan ditujukan kepada Ain Husniza dan ibu bapanya.

“Hipokrit. ‘Anak setan’ pakai tudung,” kata komen dari akaun Sarimah itu.

Komen itu dibuat merujuk kepada satu poster yang dimuat naik oleh Saiful Nizam mempromosikan program Facebook Live bertajuk “Speak Up” yang dianjurkan oleh Pusat Pembelajaran Khadijah yang akan berlangsung hari ini yang menampilkan Ain Husniza, yang memakai tudung dalam poster tersebut, bersama ibunya Niza Sharifudin.

“Ajarlah anak kurang ajar,” kata hantaran berbeza daripada akaun Sarimah.

Kedua-dua komen itu dipadamkan tak lama lepas itu. Sarimah juga memadam akaunnya selepas menerima kecaman daripada orang ramai.

Dalam satu siri komen daripada pengguna Facebook yang bernama Farah Wahidah, dia berkata yang kenyataan itu dibuat oleh anak lelaki autistik pengetua itu yang berumur 25 tahun, bernama Aiman, tanpa pengetahuan ibunya.

Farah berkata suami Sarimah meninggal dunia tiga minggu lalu, dan pengetua itu sedang menghidap kanser.

Seorang lagi pengguna bernama Chyinta Arissa Adrina berkata mustahil komen-komen itu ditulis oleh Sarimah kerana beliau telah memanggil guru-guru lain di sekolah itu untuk menjaga perilaku selepas isu yang dibangkitkan oleh Ain Husniza. - Getaran, 9 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Hentikan Gejala Buli Mental, NGO Sokong Ain Husniza

2

Video & Galeri 5 tahun yang lalu

Gema Getaran Ep. 14

3

Semasa 5 tahun yang lalu

Digelar ‘Anak Setan’, Zunar Sokong Ain Husniza

4

Video & Galeri 5 tahun yang lalu

Gema Getaran Ep. 13

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad