web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Perempuan Melecur 46 Peratus Ketika Bermain Bunga Api

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 1:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENDANG - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun melecur 46 peratus pada bahagian anggota badannya dipercayai akibat disambar api ketika bermain bunga api di hadapan rumahnya di Kampung Senara, Kubur Panjang di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Arriz Sham Hamezah berkata kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam semasa Nur Zatil Hidayah Mohd Tarmizi bermain bersama dua abangnya yang masing-masing berumur tujuh dan 10 tahun.

“Pihak polis menerima panggilan pada 2.45 pagi daripada doktor di bahagian kecemasan, Hospital Pendang memaklumkan kejadian menimpa kanak-kanak itu yang terbakar pada bahagian anggota badan sebanyak 46 peratus akibat (dipercayai) terkena mercun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arriz Sham berkata ibu bapa mangsa mendengar teriakan kanak-kanak perempuan itu secara tiba-tiba dan kemudian mereka mendapati api sedang membakar tubuh anak mereka yang dipercayai terkena pelita api yang dipasang di hadapan rumah ketika cuba mencucuh api pada bunga api itu.

Katanya, ibu bapa mangsa membantu memadam api sebelum membawa mangsa ke Hospital Pendang untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata hasil siasatan lanjut di tempat kejadian, menjumpai cebisan baju dan sebatang kayu pelita api.

“Kedua-dua abang mangsa tidak dapat ditemu bual kerana masih dalam keadaan trauma akibat kejadian tersebut. Mangsa kini ditempatkan di Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar),” katanya.

Arriz Sham berkata doktor tidak dapat menentukan punca kecederaan mangsa setakat ini sama ada disebabkan minyak pelita atau bunga api dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Bunga Api Meletup Di Tanah, Polis Tidak Pernah Keluarkan Permit - Azmi

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Percikan Bunga Api Iringi Sambutan Krismas Di Melaka

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Bilik Jana Kuasa, Ibu Tahu Anak Melecur Dari Kumpulan Whatsapp

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam