web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BERNAS Salur RM20 Juta Lagi Untuk Pesawah Di 4 Negeri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 9:28PM

Seramai 81,153 pesawah di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor akan menerima bantuan khas sebanyak RM250 setiap seorang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menyalurkan sumbangan sebanyak RM20 juta lagi kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk diagihkan kepada pesawah.

Jurucakap KPKM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, seramai 81,153 pesawah di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor akan menerima bantuan khas sebanyak RM250 setiap seorang.

Menurutnya, pemberian bantuan khas itu akan diselesaikan sebelum Jumaat ini bagi pesawah yang mempunyai maklumat lengkap.

“Pesawah di negeri lain akan menerima bantuan khas itu pada peringkat seterusnya setelah baki sumbangan disalurkan oleh BERNAS,” katanya.

Pada 5 Disember 2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa BERNAS bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM60 juta kepada pesawah.

Sumbangan ini akan diberikan secara berperingkat di mana RM10 juta disalurkan kepada KPKM pada penghujung tahun 2022.

Ia telah diagihkan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.  

Bantuan itu merupakan tambahan kepada Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 yang diberikan kepada setiap pesawah seperti diumumkan Anwar pada 29 Mac lalu.

Terdahulu, Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri kepada pesawah dan nelayan yang layak sebanyak RM200 seorang sudah dibayar mulai semalam.

KPKM menerusi satu kenyataannya memaklumkan, seramai 240,000 pesawah dan 38,500 nelayan di seluruh negara akan menerima manfaat berkenaan.

Katanya, bayaran secara one-off itu akan disalurkan menerusi agensi dan jabatan berkaitan.

Menurut kenyataan itu lagi, kriteria penerima membabitkan pesawah, nelayan laut dan nelayan darat warganegara Malaysia.

Selain itu, katanya, pesawah yang terlibat dalam aktiviti penanaman padi pada 2022 dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh kerajaan juga layak menerima bantuan khas tersebut.

Ujarnya, bagi kriteria nelayan pula, ia termasuk nelayan laut dan nelayan darat yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh kerajaan.

Pada masa sama, katanya, KPKM turut menzahirkan komitmen dalam memastikan penyaluran pembayaran bantuan kewangan ini dibuat secara efisien dan teratur. - Getaran, 11 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Bantuan Khas Aidilfitri Pesawah, Nelayan Dibayar Isnin Depan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Larangan Senjata Api, Pekebun Perlu Dibantu Kekang Ancaman Haiwan Liar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Belajar Daripada BERNAS, Top Glove Digesa Kongsi Keuntungan Dengan Penoreh

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bajet 2023: BERNAS Kongsi 30 Peratus Keuntungan Bersih Import Beras Dengan Pesawah

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad