web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Tidak Beritahu Kutipan Program Raih Dana Untuk Ganti Wangnya - Pendakwaan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 6:35PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak pernah memaklumkan kepada sesiapa bahawa kutipan wang melalui dua program meraih dana yang dianjurkan oleh parti Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) adalah untuk menggantikan wangnya yang didahulukan bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata sebagai seorang lelaki yang berhati-hati dan berpelajaran, Syed Saddiq seharusnya memberitahu bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali yang menguruskan akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) bahawa wang hasil kutipan akan digunakan untuk menggantikan wang miliknya (Syed Saddiq).

Dua program meraih dana tersebut adalah “Makan Amal Muo” dan “Fund Raising Battle for Johor”, masing-masing diadakan pada 7 dan 8 April 2018 telah berjaya mengutip dana sebanyak RM120,000.

“Jika benar wang hasil majlis meraih dana tersebut bertujuan untuk perjalanan kempen, apa salahnya wang tersebut disimpan di dalam akaun ABBE dan hanya dikeluarkan kepada Syed Saddiq berdasarkan penggunaan dan jika ada baki, wang tersebut boleh digunakan oleh ahli Armada lain untuk tujuan kepentingan parti.

“Namun, Syed Saddiq telah mengarahkan keseluruhan RM120,000 dipindahkan terus ke dalam akaun Maybank peribadi miliknya,” katanya ketika berhujah di akhir kes pembelaan Ahli Parlimen Muar itu yang berdepan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Wan Shaharuddin berkata mahkamah wajar membuat dapatan berdasarkan perlakuan Syed Saddiq yang dari awal telah jelas menunjukkan niatnya untuk menyalahgunakan wang RM120,000 tersebut untuk diri sendiri.

Hujah Wan Shaharuddin lagi, pembelaan Syed Saddiq merupakan suatu penafian semata-mata tanpa sebarang sokongan apabila sepanjang prosiding pembelaan, tertuduh sama sekali tidak menafikan wujudnya komunikasi antara beliau dan Rafiq Hakim mengenai arahan pemindahan wang RM120,000 yang merupakan hasil majlis meraih dana ke akaun Maybank peribadi tertuduh.

“Tertuduh juga tidak menafikan bahawa Rafiq Hakim telah melakukan pemindahan wang RM120,000 itu melalui empat kali transaksi, masing-masing bertarikh 8, 11, 12 dan 21 April 2018.

“Beliau juga tidak menafikan bahawa wang yang dikatakan hasil daripada majlis meraih dana tersebut tidak pernah dibelanjakan bagi maksud kempen PRU14 sehinggalah wang RM100,000 dipindahkan melalui dua kali transaksi ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputra (ASB) miliknya, masing-masing pada 16 dan 19 Jun 2018,” katanya.

Pihak pendakwaan menutup kesnya pada 27 September tahun lalu, selepas memanggil 30 saksi dalam perbicaraan yang bermula 21 Mei dan antara saksi pendakwaan ialah ibu dan bapa Syed Saddiq, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff serta Rafiq Hakim iaitu bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (DASH) Bersatu.

Sementara itu, pada 28 Oktober tahun lepas, Syed Saddiq diperintahkan membela diri atas empat pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu memberi keterangan membela diri selama dua hari bermula 22 Februari lepas dan lima individu memberi keterangan sebagai saksi pembelaan antaranya bekas Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Ulya Aqamah Husamudin, bekas Pegawai Khas Syed Saddiq, Mohamed Amshar Aziz dan bekas Setiausaha Peribadi Syed Saddiq, Siti Nurul Hidayah.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid akan menyampaikan keputusan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Syed Saddiq, 30, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim, yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Anak kelahiran Johor Bahru itu, didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.

Beliau juga berhadapan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek