web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PLUS Jangka 2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya Sempena Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 12:00PM

Ia adalah peningkatan 20 peratus, berbanding jumlah trafik pada hari biasa. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah kenderaan yang menggunakan rangkaian lebuh rayanya meningkat 2 juta setiap hari sempena tempoh Aidilfitri, berbanding hari biasa, iaitu antara 20 April hingga 7 Mei ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, peningkatan itu berlaku pada hari puncak (hari dijangka mencatatkan jumlah trafik tertinggi), iaitu 20 April hingga 21 April, 24 April hingga 25 April, 29 April hingga 1 Mei dan 4 Mei hingga 7 Mei 2023.

Menurutnya, ia adalah peningkatan 20 peratus, berbanding jumlah trafik pada hari biasa.

“Oleh itu, PLUS menyarankan agar orang ramai yang menggunakan rangkaian lebuh raya kami, merancang perjalanan dengan baik dan pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam lonjakan trafik pada hari puncak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi menguruskan lonjakan trafik pada perayaan kali ini, PLUS membuat persediaan dan mengatur pelbagai strategi untuk membantu orang ramai menikmati perjalanan lebih selamat serta selesa.

“Strategi tersebut merangkumi aspek keselamatan lebuh raya, pengurusan trafik dan kesesakan, pengagihan trafik, pengurusan trafik di plaza tol, pengurusan kemudahan di kawasan rehat, hebahan maklumat trafik serta sebagainya,” katanya.

Zakaria berkata, PLUS akan turut mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan dalam tempoh terdekat ini, sebagai strategi mengagihkan trafik.

Usaha itu juga, katanya, bagi membantu orang ramai merancang perjalanan mereka untuk pulang ke kampung atau kembali semula ke Lembah Klang pada musim perayaan ini.

Bagi meningkatkan tahap keselamatan dalam memastikan aspek keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa berada pada tahap baik pula, ujarnya, PLUS akan terus berkolaborasi bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang, selain memberikan advokasi di lebuh raya sepanjang musim perayaan kali ini.

Jelasnya, PLUS turut menempatkan Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) yang terdiri daripada PDRM, JPJ, Angkatan Pertahanan Awam (APM), St John Ambulans serta Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di 11 lokasi strategik di lebuh raya dengan lebih 500 petugas.

Malah, bagi meningkatkan tahap keselamatan di rangkaian lebuh raya PLUS, termasuk di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), sebanyak 269 jumlah pasukan peronda lebuh raya merangkumi PLUSRonda dan LPT2Ronda, ditugaskan menjalankan rondaan 24 jam sehari dan membantu pengguna lebuh raya yang mengalami kecemasan atau kerosakan kenderaan.

“Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 9.3 peratus berbanding hari biasa,” katanya.

Bukan setakat itu, beliau berkata, pihak syarikat konsesi lebuh raya itu menempatkan lebih 6,000 petugas dari keseluruhan ekosistem lebuh rayanya di plaza tol, kawasan rehat dan rawat (RnR), hentian sebelah dan laluan utama lebuh raya, merangkumi anggota peronda, pembantu khidmat pelanggan dan penyelia plaza tol, petugas Pusat Pemantauan Trafik (TMC), anggota RELA, Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) serta kakitangan penyelenggaraan untuk bersedia membantu pengguna lebuh raya.

Selain itu, Zakaria berkata, bagi memastikan perjalanan di lebuh raya lebih lancar dan selesa, PLUS akan menghentikan sementara kerja naik taraf serta penyelenggaraan di lebuh raya kendaliannya mulai 19 April hingga 1 Mei ini.

Dalam tempoh itu, katanya, tiada penutupan lorong akan dilaksanakan PLUS.

“Namun sekiranya berlaku kes kecemasan dan kerja pembaikan kritikal, penutupan lorong terpaksa dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya ketika musim perayaan ini,” ujarnya.

“Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini sempena musim perayaan di Lebuhraya PLUS dan LPT2 menerusi beberapa medium komunikasi dengan mengikuti twitter @PLUStrafik atau twitter @LPT2trafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, stesen-stesen radio dan papan tanda elektronik (VMS),” katanya. – Getaran, 11 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Pertimbang Tambah Kenderaan Layak Terima Subsidi Diesel – Armizan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Bergerak Perlahan, Namun Terkawal

4

Semasa 2 tahun yang lalu

2.3 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sepanjang Cuti Deepavali - LLM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad