web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ubah Suai Laporan Kimia Kes Dadah, Penguatkuasa Direman 6 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 6:14PM

Seorang pegawai pengkuatkuasa direman selepas disyaki bersubahat menerima rasuah berjumlah RM7,000 untuk mengubahsuai laporan kimia berkaitan satu kes dadah - Gambar SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR – Seorang pegawai pengkuatkuasa direman selepas disyaki bersubahat menerima rasuah berjumlah RM7,000 untuk mengubahsuai laporan kimia berkaitan satu kes dadah.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut beliau, suspek direman selama enam hari bermula hari ini hingga 15 April nanti.

“Lelaki berusia lewat 30-an itu ditahan sekitar jam 3.30 petang semalam di pejabat SPRM Kedah.

“Dia dipercayai bersubahat dengan seorang lagi penguatkuasa yang direman sejak Sabtu lalu, untuk menerima rasuah sebagai balasan mengubahsuai laporan kimia berkaitan kes dadah supaya kes diturunkan kepada Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada Getaran hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Rosley Mohamad Satar, ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.

Sementara itu dalam kes berbeza di Kuala Terengganu, dua wanita termasuk seorang Ketua Pembantu Tadbir sebuah jabatan di negeri berkenaan ditahan kerana disyaki menyalahgunakan jawatan untuk menyokong syarikat milik adik iparnya bagi mendapatkan beberapa perolehan pembekalan di jabatan tersebut.

Sumber berkata, kes salah guna kuasa itu dipercayai berlaku sejak 2019 dan melibatkan lebih 10 perolehan pembekalan, yang keseluruhannya mencecah kira-kira RM30,000.

“Suspek pertama yang juga Ketua Pembantu Tadbir berusia dalam lingkungan 40-an ditahan kira-kira jam 1.45 petang manakala pemilik syarikat berusia lewat 30-an ditahan kira-kira jam 2.10 petang semalam di pejabat SPRM Terengganu ketika hadir memberi keterangan.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya.

Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009,” katanya, ringkas. – Getaran, 10 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Dakwaan Rasuah: Shamsul Iskandar, Tei Direman 6 Hari 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Bunuh 2 Beranak: 3 Lelaki Nepal Direman 7 Hari

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad