web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Istilah ‘Rundingan’ Bukan Bermakna Malaysia Sudah Iktiraf ZEE Milik China

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 5:57PM

Terdahulu, Anwar Ibrahim berkata, PETRONAS akan terus melaksanakan kerja cari gali minyak di kawasan sedia ada di Laut China Selatan, namun terbuka untuk rundingan jika China berasakan kawasan berkenaan adalah wilayah mereka - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penggunaan istilah ‘rundingan’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merujuk kepada isu pertindihan cari gali petroleum oleh PETRONAS di kawasan zon ekonomi eksklusif (ZEE) bukan menunjukkan Malaysia sudah mengiktiraf kawasan itu milik China.

Sebaliknya, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, ia membuktikan Perdana Menteri mempertahankan kawasan itu sebagai kawasan milik negara di meja rundingan.

“Perdana Menteri menyuarakan hal tersebut kepada kerajaan China setelah China juga menyatakan mereka menuntut kawasan yang sama.

“Kenyataan itu dimanipulasi oleh pembangkang sebagai menjual kedaulatan negara, dan menyerang dengan mengatakan kenyataan Perdana Menteri itu sebagai suatu tindakan yang mengguris hati rakyat.

“Mereka juga menganggap Perdana Menteri kita tidak layak memimpin negara ini,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, PETRONAS akan terus melaksanakan kerja cari gali minyak di kawasan sedia ada di Laut China Selatan, namun terbuka untuk rundingan jika China berasakan kawasan berkenaan adalah wilayah mereka.

Katanya, perkara itu dinyatakan beliau kepada Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya, Li Qiang ketika lawatannya ke Beijing, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak mahu mengelak untuk meneruskan rundingan kerana ia adalah pendirian ASEAN supaya semua tuntutan bertindih diselesaikan secara rundingan.

Isu pertikaian dan tuntutan bertindih antara Malaysia serta negara ASEAN lain dengan China di Laut China Selatan sudah berlarutan sejak sekian lama dan ia kembali mencetuskan ketegangan, susulan tindakan negara tanah besar itu menghantar kapal pengawal pantai China (CCG) ke perairan berkenaan.

Dalam konteks kes Malaysia, ia terkait tindakan kapal tentera China itu yang dilihat semakin kerap berlegar berhampiran Beting Patinggi Ali di perairan Sarawak, yang menempatkan pelantar cari gali minyak milik PETRONAS.

Beting Patinggi Ali yang terletak dalam kawasan ZEE Malaysia, kini dibangunkan projek lapangan gas mega yang bernilai bilion ringgit.

Beting Patinggi Ali - Gambar Fail Bernama
Beting Patinggi Ali - Gambar Fail Bernama

Mengulas lanjut, Mohammad Agus berkata, rundingan itu amat penting untuk menyelesaikan konflik secara aman dan konstruktif memandangkan China adalah kuasa besar dunia.

“Salahkah apabila Perdana Menteri mengatakan akan mempertahankan wilayah Malaysia melalui meja perundingan? Walhal rundingan itu sangat penting untuk kita menyelesaikan konflik secara aman dan konstruktif, terutamanya dengan China yang merupakan kuasa terbesar dunia.

“Jika pun kita berbeza politik kepartian, janganlah bermain dengan isu kedaulatan negara. Menuduh Perdana Menteri hendak menjual kedaulatan negara adalah tidak bertanggungjawab, tidak beretika, dan tidak bermoral,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihati parti pembangkang supaya berpolitik dengan fakta, dan tidak mensensasikan isu tersebut.

“Berpolitiklah dengan fakta. Perdana Menteri dan semua kita mahukan yang terbaik untuk negara. Tidak puas hati dengan keputusan Perdana Menteri, tegur dan kritiklah secara berhemah.

“Dalam kehidupan bernegara, tanggungjawab utama kita adalah membawa naratif yang betul kepada masyarakat. Sama-sama kita jaga kedaulatan negara kita,” katanya. – Getaran, 10 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 6 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran