web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JKPK KSj Kemuka Syor Untuk Tangani Jenayah Siber, ‘Scammer’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 3:39PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat (JKPK KSj) Dewan Negara mengesyorkan akta-akta sedia ditambah baik atau diwujudkan akta baharu supaya hukuman lebih berat dapat dikenakan ke atas penjenayah penipuan atau ‘scammer’.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata ia melibatkan Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah, Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Keterangan 1950, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Beliau berkata jawatankuasa itu turut mengesyorkan supaya Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memainkan peranan merangka satu garis panduan yang jelas berkaitan tanggungjawab syarikat-syarikat yang mengumpul, memproses data dan maklumat peribadi pengguna.

“Kementerian Kewangan (MOF) juga perlu meningkatkan jumlah peruntukan untuk melaksanakan audit keselamatan terhadap infrastruktur dan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta menaik taraf sistem keselamatan siber negara dan aplikasi-aplikasi kerajaan,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga perlu menambah baik fasiliti dan menaik taraf teknologi yang digunakan bagi melancarkan proses siasatan sekali gus meningkatkan kadar tangkapan dan pendakwaan.

“Kementerian seperti KDN, KKD serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta agensi berkaitan harus memperkukuh kerjasama dan penyelarasan dalam melaksanakan undang-undang untuk membanteras kegiatan jenayah penipuan,” katanya.

Syor-syor berkenaan adalah hasil daripada dapatan Penyata JKPK KSj bertajuk ‘Majlis Dewan Negara: Penipuan Dalam Talian: Jenayah Komersial Utama Negara’ yang mendapati kes jenayah siber menunjukkan trend meningkat sepanjang tempoh empat tahun lepas dengan jumlah kerugian mencecah hampir RM500 juta setiap tahun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Reformasi MITRA Berjaya Dilaksanakan Di Bawah Kepimpinan Anwar - Ramanan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Terima 547 Laporan Kes Penipuan 3 Syarikat Pelaburan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 56 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini