web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ujian Teori Lesen Vokasional PSV, GDL Dimansuhkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 1:00PM

Anthony Loke berkata calon bagi pengambilan Lesen Vokasional PSV dan GDL hanya perlu menduduki dan melengkapkan kelas teori sebelum Lesen PSV dikeluarkan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Ujian teori bagi pengambilan Lesen Vokasional untuk kategori Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) dimansuhkan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Dalam sidang media berhubung penambahbaikan prosedur Lesen Vokasional, di sini hari ini, Loke berkata calon bagi pengambilan Lesen Vokasional PSV dan GDL hanya perlu menduduki dan melengkapkan kelas teori sebelum Lesen PSV dikeluarkan.

“Namun calon-calon bagi kategori Lesen PSV untuk bas dan GDL untuk lori bersendi masih wajib melalui latihan dan lulus ujian amali atau praktikal sebelum mendapat Lesen Vokasional,” katanya di pejabatnya hari ini.

Loke berkata kelas teori bagi semua kategori Lesen Vokasional juga akan dibenarkan secara dalam talian sama ada menerusi platform disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Memandu (IM) atau syarikat perniagaan pengantaraan yang berkelayakan yang telah dikawal selia oleh JPJ.

Beliau berkata pihak IM atau syarikat perniagaan pengantaraan perlu menggunakan modul atau silibus pengajaran kelas teori Lesen Vokasional dalam talian yang ditetapkan oleh JPJ sepenuhnya.

“Pihak JPJ akan menetapkan syarat-syarat dan peraturan berkaitan kelayakan penyediaan platform dalam talian dan mengawal selia kelas teori bagi memastikan kesahihan dan integriti calon,” katanya.

Beliau berkata data dan maklumat kehadiran calon akan diintegrasi dengan sistem MySIKAP bagi membolehkan Lesen Vokasional dikeluarkan secara terus kepada calon tanpa memerlukan kehadiran secara fizikal ke kaunter JPJ.

Loke berkata silibus kelas teori bagi semua kategori Lesen Vokasional terutamanya melibatkan perkhidmatan e-hailing dan teksi akan disemak semula dan ditambah baik oleh JPJ dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Beliau berkata penambahbaikan silibus itu akan dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan.

Loke berkata langkah penambahbaikan itu diambil ekoran keluhan syarikat pengendali e-hailing (EHO) dan pemandu kerana terpaksa meluang masa terlalu lama untuk kelas teori yang kini dibenarkan secara dalam talian dan dikecualikan ujian teori.

Beliau berkata langkah itu dilihat akan menambah jumlah pemandu untuk menampung permintaan sekali gus menstabilkan harga tambang.

Ditanya tanpa ujian teori akan menjejaskan aspek keselamatan, Loke berkata pemandu e-hailing dan teksi mempunyai lesen memandu dan proses penambahbaikan itu dibuat bersama JPJ, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan pemegang taruh bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan aspek keselamatan.

Loke juga mengumumkan had usia maksimum penggunaan kenderaan dalam kelas teksi dan e-hailing dilanjutkan kepada 15 tahun daripada 10 tahun berkuat kuasa 1 Jan 2023.

Selaras dengan pengumuman itu, katanya had usia melesen akan dikemas kini kepada 14 tahun.

“Dengan itu, kerajaan membenarkan kenderaan yang telah mencapai had usia 10 tahun terdahulu namun masih belum mencapai usia 15 tahun untuk kembali beroperasi,” katanya.

Loke berkata walaupun had usia kenderaan ditingkatkan namun pemandu mesti memastikan aspek kebersihan dan keselamatan dipatuhi dengan membuat pemeriksaan berkala setiap tahun.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata terdapat penambahan Lesen Perubahan Sementara untuk bas beroperasi sebagai bas ekspres sempena Hari Raya Aidilfitri.

Langkah itu, katanya akan melihat penawaran perkhidmatan bas ekspres bertambah untuk menampung permintaan di saat-saat akhir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad