web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KSM Nafi Sokong Sistem Pengambilan Pekerja Asing, ‘Tiada Perbincangan Dengan Sesiapa’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 1:21PM

KSM berkata, dakwaan yang menyatakan pihaknya KSM memberikan sokongan penuh kepada SPDRM adalah tidak benar sama sekali - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KSM) menafikan pihaknya pernah mengadakan perbincangan mengenai Sistem Pengambilan Pekerja Asing dan Pengurusan Sumber Manusia (SPDRM) dengan mana-mana pihak.

Menerusi kenyataannya, KSM berkata, dakwaan yang menyatakan pihaknya KSM memberikan sokongan penuh kepada SPDRM adalah tidak benar sama sekali.

“KSM ingin merujuk kepada laporan media semalam berkenaan dengan SPDRM.

“SPDRM juga dinyatakan telah mendapat sokongan penuh KSM dan memenuhi peraturan pengambilan pekerja asing, termasuk syarat ditetapkan di negara ini serta negara sumber,” menurut kenyataan itu.

Jelasnya, KSM berharap penjelasan itu akan menjawab sebarang persoalan atau kekeliruan dalam kalangan majikan atau industri.

“(Ia) khususnya (dalam kalangan) Perwakilan Diplomatik Negara-Negara Sumber di negara ini mengenai SPDRM,” katanya.

Semalam, media melaporkan, kewujudan SPDRM dikatakan dapat menangani isu pemerdagangan orang ke Malaysia.

Malah, ia didakwa mampu mempercepatkan kemasukan pekerja asing ke negara ini.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono menegaskan, tiada perbincangan antara Malaysia dan Indonesia berhubung penggunaan SPDRM yang membolehkan seorang majikan di negara ini, membayar deposit hanya RM1,000 untuk mendapatkan pekerja asing.

Justeru, beliau berkata, pihaknya masih tidak jelas mengenai sistem dibangunkan itu.

Namun, katanya, perkara utama ketika ini adalah menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat negara jiran berkenaan yang mahu berkerja di Malaysia.

“Tidak ada (perbincangan antara KSM dan Kedutaan Indonesia mengenai SPDRM). Saya juga tidak tahu SPDRM itu sistem rasmi daripada kerajaan Malaysia atau swasta.

“Setiap negara mempunyai sumber peraturannya untuk memastikan perlindungan terhadap pekerjanya, jadi saya tidak boleh mengulas lanjut (mengenai SPDRM),” katanya. – Getaran, 9 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad