web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Pertimbang Kertas Cadangan Bina Jambatan Mega Hubungkan Melaka-Indonesia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 7:09AM

Azalina Othman Said berkata, sebelum sebarang keputusan dibuat, kerajaan perlu mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk model kewangan, kebolehlaksanaan projek, keperluan teknikal dan kesan alam sekitar projek berkenaan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU – Selepas menerima kertas cadangan (proposal) daripada sebuah syarikat swasta, kerajaan Persekutuan sedang mengkaji kemungkinan projek pembinaan jambatan gergasi menghubungkan Melaka di Semenanjung Malaysia dan Dumai di Indonesia yang jaraknya melebihi 100 kilometer (km).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kertas cadangan inisiatif pembiayaan swasta itu diterima Putrajaya pada 2021.

Bagaimanapun, sebelum sebarang keputusan dibuat, Azalina berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk model kewangan, kebolehlaksanaan projek, keperluan teknikal dan kesan alam sekitar projek berkenaan.

Selain itu, beliau menyatakan, walaupun projek mega tersebut mungkin memerlukan perbelanjaan besar, Putrajaya perlu mempertimbangkan projek sedemikian akan melibatkan dasar kedua-dua negara.

Dumai terletak kira-kira 110km dari Melaka. Ia adalah bandar kedua terbesar di wilayah Riau selepas Pekanbaru, dan terletak di pantai timur pulau Sumatera.

Ketika ini terdapat perkhidmatan feri untuk perjalanan orang ramai antara Melaka dan bandar Dumai yang mengambil masa kira-kira dua jam.

“Oleh itu, salah satu pertimbangan utama projek tersebut ialah model perniagaan yang sesuai untuk memastikan pendapatan mengambil kira unjuran aliran trafik di jambatan itu.

“Selain itu, projek berskala ini memerlukan kajian terperinci oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan bagi memastikan perdagangan di Selat Melaka tidak terjejas,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Ahli Parlimen Pengarang itu menjawab pertanyaan Khoo Poay Tiong (Bandar Melaka-PH) yang mempersoalkan pandangan kerajaan berhubung kertas cadangan pembinaan jambatan menghubungkan Malaysia dan Indonesia.

Walaupun cadangan jajaran semasa tidak didedahkan secara rasmi, boleh dibayangkan jarak utama jambatan itu akan dirancang untuk menghubungkan Melaka ke Pulau Rupat, yang terletak di luar Dumai.

Ini mungkin boleh dikaitkan dengan jambatan darat baharu di pulau itu dan satu lagi jarak merentasi laluan ke Dumai.

Projek itu, jika direalisasikan, akan menjadikan keseluruhan jambatan itu terpanjang di Asia Tenggara dan antara yang terpanjang di dunia.

Ketika ini, Jambatan Besar Danyang-Kunshan di China, sepanjang lebih 160km, memegang rekod sebagai jambatan terpanjang di dunia.

Terdahulu, pada 1996, Presiden Indonesia ketika itu, Allahyarham Suharto, dan Perdana menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad membincangkan kemungkinan pembinaan jambatan merentasi Selat Melaka.

Bagaimanapun, projek itu tidak pernah direalisasikan, terutamanya disebabkan oleh krisis kewangan Asia pada 1997. 

Suharto digulingkan pada 1998, selepas 31 tahun menerajui Republik Indonesia. - The Vibes, 9 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad