web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Nafi Runding Isu Kawasan Cari Gali Minyak Dengan China

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 10:05PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pemimpin pembangkang bahawa kerajaan berunding dengan China berhubung isu pertikaian kawasan cari gali minyak di Laut China Selatan ketika lawatan rasmi beliau ke republik itu baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata tuduhan itu adalah tidak benar dan Petronas terus melaksanakan projek cari gali di Laut China Selatan.

"Kebetulan China tuntut kawasan tengah laut itu. Saya jawab kepada pimpinan China, saya katakan kami terpaksa teruskan projek itu kerana ia berada di kawasan kami.

“Lautan bawah bidang kuasa Malaysia, jadi kita teruskan. Dia kata dia pun tuntut, tak mengapa kita akan teruskan tetapi mereka (pembangkang) pusing kata saya runding sebab kononnya projek (cari gali) tak jalan," katanya ketika berucap pada Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan di Masjid Ar-Rahah di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor mengecam Anwar kerana dianggap cuai dalam membuat kenyataan berhubung isu Laut China Selatan.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan Malaysia akan meneruskan pendekatan diplomatik dalam hubungannya dengan negara lain termasuk China demi memastikan Laut China Selatan kekal aman, stabil dan selamat untuk laluan perdagangan.

Pendekatan ini selaras dengan peruntukan yang terkandung dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan antaranya penyelesaian konflik secara aman serta mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan seperti dipersetujui oleh negara anggota ASEAN dan China pada 2002. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan