web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hilal Syawal Tahun Ini Di Posisi Sukar Dilihat Tapi..

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 9:25PM

Data yang diperolehi menggambarkan hilal berada pada posisi sukar dilihat kerana jauh di bawah syarat minima. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Analisis data hilal (anak bulan) Syawal tahun ini menggambarkan ia berada pada posisi sukar dilihat kerana jauh di bawah syarat minima.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) berkata, analisis data hilal Syawal tahun ini menunjukkan bahawa tingginya adalah 2° 18’, iaitu berada di bawah kriteria minima (3°) manakala jarak lengkung hanyalah 2° 41’ sahaja dan berada jauh di bawah kriteria minima (6° 24’).

“Data ini menggambarkan hilal berada pada posisi sukar dilihat kerana jauh di bawah syarat minima.

“Bagaimanapun sebagai umat Islam yang beriman adalah wajib mengimani bahawa segala ketentuan adalah di atas kehendak Allah SWT,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Facebook, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, data hilal yang dihisab (hitung) sentiasa dirujuk semasa menentukan tarikh baharu dalam sesuatu bulan hijri.

“Data hilal pada setiap tarikh 29 haribulan hijri dianalisis untuk mengetahui sama ada ia memenuhi syarat kriteria Imkanur-Rukyah atau sebaliknya yang menentukan jumlah hari dalam bulan tersebut hanya 29 hari atau 30 hari.

“Bagi penentuan tarikh baharu tiga bulan utama yang melibatkan ibadah besar iaitu bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah akan ditentukan melalui kedua-dua kaedah hitungan (hisab) dan cerapan hilal (rukyah),” katanya.

Jelasnya lagi, kriteria Imkanur-Rukyah adalah satu kriteria digunakan sebagai asas yang menggambarkan ciri hilal yang dianggap boleh dilihat dengan mata kasar atau bantuan alat optik.

“Kriteria yang digunakan melibatkan dua elemen iaitu tinggi hilal dan jarak lengkung antara hilal dengan matahari semasa waktu maghrib (matahari terbenam).

“Syarat minima hilal boleh kelihatan menurut kriteria ini mestilah ketika matahari terbenam, kedua-dua syarat mestilah dipenuhi iaitu tinggi hilal di atas ufuk tidak kurang dari 3° dan jarak lengkung antara matahari dan bulan tidak kurang dari 6.4° (6° 24’),” katanya.

Katanya, sudah menjadi ketetapan di negara ini bahawa cerapan hilal rasmi dijalankan pada 29 haribulan hijri bagi tiga bulan utama.

Jika hilal kelihatan katanya, maka keesokan harinya ditetapkan sebagai 1 haribulan bulan baharu, tetapi jika sebaliknya berlaku, maka keesokan harinya adalah dilanjutkan kepada 30 haribulan.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan terdapat maklumat tersebar di media sosial, kononnya tarikh sambutan Aidilfitri tahun ini adalah lebih awal berbanding kalender sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Justeru JUPEM menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kerunsingan dalam masyarakat.

“Sebaik-baiknya serahkan penetapan tarikh baharu bagi sesuatu bulan hijri terutama melibatkan ibadah puasa, perayaan Aidilfitri dan Hari Raya Korban kepada pihak berwajib setelah keputusan cerapan hilal diseluruh negara diperolehi dan pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” katanya.

Terdahulu, Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) memaklumkan, negara-negara Islam dijangka mencerap hilal bagi menentukan awal bukan Syawal pada 20 April ini.

Menurut portal Time Out Dubai, beberapa negara di Asia termasuk Australia bagaimanapun mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar atau menggunakan teleksop khas.

Bagaimanapun lapor portal itu, beberapa negara Islam lain mungkin dapat melihat anak bulan pada tarikh berkenaan.

Susulan itu, katanya, kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya yang akan menjadikan hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama sambutan Aidilfitri.

Pada tahun ini, Ramadan bermula pada hari Khamis, 23 Mac. – Getaran, 7 April 2023

Berita Berkaitan

1

Budaya 4 bulan yang lalu

Aidilfitri Disambut Sabtu 21 Mac

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Rumah Terbuka: 'Ziarah Terdidik' Elak Penularan COVID-19

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aura Hero Remaja! Netizen Tak Keruan Lihat Nadhir Nasar Berbaju Melayu Beli Ais Di Hari Raya

Sorotan

1

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

2

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

4

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

5

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad