web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anggota Polis Disyaki Seludup Mercun Berdepan Tindakan Tegas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 3:30PM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anggota polis yang ditahan kerana disyaki menyeludup mercun dan bunga api di Machang, Kelantan Selasa lepas akan dikenakan tindakan tegas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata selain berhadapan tindakan undang-undang, anggota itu juga akan dikenakan tindakan dalaman kerana menggunakan kenderaan pasukan di luar waktu bertugas bagi menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat bukti anggotanya terlibat dengan kegiatan jenayah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selasa lepas, seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan di Machang bersama rakannya ketika membawa pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM25,000.

Ketika ditahan kedua-dua suspek berusia 32 dan 35 tahun itu menggunakan pacuan empat roda milik PDRM untuk melakukan kegiatan tersebut.

 Acryl Sani berkata kedua-dua suspek direman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Beliau turut mengalu-alukan masyarakat untuk menyalurkan maklumat sahih bagi membolehkan tindakan diambil dalam membanteras sebarang salah laku atau aktiviti menyalahi undang-undang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek