web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Peluang Untuk Tanya Soalan Atau Gagal Kemuka Soalan?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 11:34AM

Menurut Wong Kah Woh, terdapat perbezaan antara "pemimpin tertinggi tidak boleh bertanya soalan" dan "pemimpin tertinggi tidak bertanya soalan" semasa sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) pada setiap Selasa - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh menafikan dakwaan pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN) tidak berpeluang mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun mereka hadir semasa persidangan Dewan Rakyat.

Menurut beliau, terdapat perbezaan antara "pemimpin tertinggi tidak boleh bertanya soalan" dan "pemimpin tertinggi tidak bertanya soalan" semasa sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) pada setiap Selasa.

“Apabila PN mengadu bahawa trio tertinggi (pemimpin) mereka tidak mempunyai peluang untuk bertanya soalan, soalan pertama yang mereka harus jawab ialah: adakah mereka (trio) pernah mengemukakan sebarang soalan semasa sesi PMQ?

“Tiada soalan untuk dipilih bagi jawapan sekiranya tiada soalan dikemukakan. Logik yang mudah,” katanya yang juga mantan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut beliau, proses standard Parlimen yang menetapkan Ahli Parlimen yang tidak mengemukakan soalan masih berpeluang mengemukakan kebimbangan mereka melalui soalan tambahan, jika dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat.

“Bagi soalan pertama di bawah sesi PMQ semasa hari terakhir persidangan, Speaker membenarkan soalan tambahan keempat ditanya berkaitan lawatan (Anwar) ke China.

“Ia juga merupakan konvensyen Parlimen sekiranya Ketua Pembangkang bangkit dan minta untuk berucap, atau dalam kes ini (membentangkan) soalan tambahan, beliau akan diberi keutamaan.

“Namun, apabila anda tidak berada di dalam dewan, anda pasti tidak mempunyai peluang untuk bertanya soalan tambahan, tidak kira betapa seniornya anda,” katanya.

Semalam, Tuan Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ketidakhadiran tiga pemimpin tertinggi PN di Parlimen tidak harus dijadikan isu kerana "tidak semua Ahli Parlimen boleh bertanya soalan kepada Perdana Menteri".

Bahkan katanya, ketidakhadiran Ahli Parlimen kerajaan adalah lebih "dahsyat" lagi terutama apabila Perdana Menteri tiada dalam dewan berkenaan.

“Kita (PN) ada lebih 70 ahli parlimen dan perkara itu (ketidakhadiran) hanya sekadar isu yang dibangkitan seolah-olah nak burukkan pembangkang.

“Tak perlu berbangkit pun, kalau nak kira ketidakhadiran mereka (wakil rakyat kerajaan) lagi dasyat, masa perdana menteri ada saja penuh” katanya.

Pemimpin tertinggi PN, iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, gagal memanfaatkan sesi tersebut semasa persidangan Dewan Rakyat sebelum ini.

Selasa lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menzahirkan kekecewaannya apabila tiga pemimpin tertinggi PN terbabit tidak mengambil peluang semasa sesi PMQ untuk bertanya soalan kepada  Perdana Menteri.

Menurut beliau, sesi PMQ pada setiap Selasa adalah peluang terbaik pembangkang untuk membangkitkan soalan, berdepan dan bersemuka dengan Anwar.

Sejak itu, pemerhati politik berpendapat ketiadaan pemimpin tersebut boleh dianggap sebagai isyarat tidak menghormati mandat pengundi mereka.

Bagaimanapun, mereka berkata, tindakan itu tidak akan menjejaskan sokongan orang ramai terhadap gabungan tersebut.  - Getaran, 7 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

2

Politik 2 tahun yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

3

Politik 2 tahun yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

4

Politik 2 tahun yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad