web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rancangan Pembangunan Pasar Lebuh Campbell Tidak Hormati Tapak Warisan – PHT

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 9:16AM

Rumah ais lama ini mungkin yang pertama di tapak Warisan Dunia George Town yang direka dengan rasuk dan tiang besi tempaan pada akhir abad ke-19 - Gambar oleh Mark Lay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Terdapat beberapa cadangan untuk pembangunan semula sebahagian tapak Pasar Lebuh Campbell di sini sejak 2013.

Bagaimanapun, menurut sesetengah pihak, cadangan itu tidak menghormati tapak warisan tersebut dan tidak mempunyai tujuan sebenar.

Naib Presiden Yayasan Warisan Pulau Pinang (PHT), Khoo Salma Nasution berkata, beliau menolak cadangan itu berulang kali ketika menganggotai Panel Semakan Teknikal (TRP) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebagai wakil PHT.

Khoo mengulas laporan mengenai kelulusan dan permohonan pembangunan oleh MBPP yang dipertikaikan untuk pembangunan di kawasan luar pasar terbabit.

Ini termasuk persoalan tentang cara permohonan diserahkan dan diberikan kelulusan untuk kerja tanah di kawasan tapak walaupun statusnya sebagai bangunan Kategori II di Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Khoo Salma Nasution berkata, beliau menolak cadangan itu berulang kali ketika menganggotai Panel Semakan Teknikal (TRP) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebagai wakil PHT - Gambar Fail The Vibes
Khoo Salma Nasution berkata, beliau menolak cadangan itu berulang kali ketika menganggotai Panel Semakan Teknikal (TRP) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebagai wakil PHT - Gambar Fail The Vibes

Selain itu, Pusat Warisan Dunia yang menyelaras semua perkara berkaitan dengan warisan dunia dan Tapak Warisan Dunia UNESCO masih belum membentangkan hasil penemuan dan maklum balasnya mengenai cadangan semakan semula bangunan di tapak, daripada Kategori II kepada "infill", seperti dicadangkan dalam Rancangan Kawasan Khas George Town yang disemak semula dan masih belum diwartakan.

Memetik Pelan Pengurusan Warisan Pasar Lebuh Campbell, Khoo berkata, keseluruhan tapak itu sebelum ini adalah tanah perkuburan, jadi adalah dinasihatkan untuk tidak mengali kawasan tersebut.

“Penemuan rangka manusia menjadikannya tapak arkeologi dengan kesan sejarah penting dalam Tapak Warisan Dunia,” katanya sambil menambah sebarang penemuan penting di tapak itu mungkin mengakibatkan pembangunan baharu terpaksa ditinggalkan.

Merujuk kepada makam pendakwah Islam abad ke-18, Sheikh Mustafa Wali yang terletak di dalam kawasan pasar terbabit, Khoo berkata, makam itu disenaraikan sebagai monumen Kategori I yang memerlukan penampan daripada sebarang perkembangan baharu, selain penilaian kesan warisan khas.

Kategori I menandakan bangunan dan monumen berkepentingan luar biasa yang didaftarkan dan diwartakan sebagai (penemuan) purba di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Kubur Sheikh Mustafa Wali disenaraikan sebagai monumen Kategori I yang memerlukan penampan daripada sebarang perkembangan baharu, selain penilaian kesan warisan khas - Gambar TVTarekat.com
Kubur Sheikh Mustafa Wali disenaraikan sebagai monumen Kategori I yang memerlukan penampan daripada sebarang perkembangan baharu, selain penilaian kesan warisan khas - Gambar TVTarekat.com

Pasar Lebuh Campbell dibina di atas tanah perkuburan Melayu purba, antara sebab kawasan itu turut dikenali sebagai "Hutan Mayat".

Sebahagian daripada mayat manusia dipindahkan oleh pentadbir British ke tanah perkuburan Jalan Perak sebelum pasar itu dibina pada 1900.

Bagaimanapun, menurut catatan sejarah, terdapat rintangan yang tidak dapat dijelaskan yang menghalang pemindahan makam Syeikh Mustafa Wali.

Susulan itu, British membina tembok di sekeliling makam untuk melindunginya.

Tarikan lain termasuk rumah ais lama, mungkin yang pertama di tapak Warisan Dunia George Town yang direka dengan rasuk dan tiang besi tempaan pada akhir abad ke-19, mungkin dihasilkan pengeluar besi terkenal, MacFarlane di Glasgow, Scotland.

Khoo berkata, penduduk yang tinggal di sekitar pasar itu perlu dirujuk mengenai apa yang mereka mahukan.

“Mengapa tidak membaikpulih pasar itu dan menggunakan seluruh tapak dengan sedikit imaginasi?” soalnya.

Pelan Pengurusan Warisan Pasar Lebuh Campbell yang disediakan oleh Think City Sdn Bhd menyatakan, berdasarkan analisis dan bukti yang ada, pasar tersebut memaparkan elemen sejarah, arkeologi, seni bina, estetika dan teknikal yang penting, di samping menegakkan nilai budaya masyarakat di George Town .

Pasar tersebut telah menjadi pusat perdagangan dan tempat pertemuan bagi masyarakat tempatan yang pelbagai sejak awal abad ke-20. - The Vibes, 7 April 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 22 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad