web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Jawatankuasa Guangxi, China

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 7:08AM

Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam menerima kunjungan hormat Setiausaha Jawatankuasa Guangxi dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Guangxi, China, Liu Ning dan delegasi di Putrajaya.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata pada pertemuan tersebut, pencapaian perkongsian sinergi di bawah inisiatif ‘Dua Negara, Taman Berkembar’ dalam menarik pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana aktiviti hiliran kepada komuniti perniagaan tempatan adalah antara yang dibincangkan.

“Kunjungan hormat ini merupakan sebahagian daripada program lawatan rasmi TYT Liu Ning ke Malaysia bagi meraikan sedekad pencapaian hubungan usaha sama dalam pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP).

“Kedua-dua taman perindustrian ini telah dibangunkan berlandaskan konsep ‘Dua Negara, Taman Berkembar’, di mana MCKIP merupakan taman perindustrian pertama yang dibangunkan secara bersama di luar negara oleh China,” katanya.

Perdana Menteri berkata pada pertemuan itu juga, beliau turut menekankan tentang peranan Taman Perindustrian Berkembar dalam meneruskan usaha untuk mengukuhkan kerjasama merentasi industri menerusi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) berimpak tinggi.

Di samping itu, katanya, bidang strategik lain termasuk industri hijau, perdagangan barangan halal dan minyak sawit yang akan memberikan faedah kepada kedua-dua negara.

“TYT Liu Ning turut menjemput syarikat Malaysia untuk melabur di CMQIP bagi mengakses pasaran China menerusi taman perindustrian tersebut.

“Kerajaan Wilayah Guangxi juga menawarkan pelbagai insentif untuk menarik pelaburan dari syarikat Malaysia dalam sektor yang berpotensi tinggi,” katanya.

Untuk rekod, MCKIP mencatakan pelaburan terkumpul bernilai RM30.1 bilion untuk 19 projek dan mewujudkan lebih 17,000 peluang pekerjaan sepanjang dekad yang lalu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad