web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Berbuka Puasa Bersama Pendidik, Ilmuwan, Ulama Dan NGO Islam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 9:51PM

Anwar beramah mesra bersama para hadirin semasa menghadiri Majlis Iftar Perdana Menteri Bersama Warga Pendidik, Ulama dan NGO Islam di Kompleks Seri Perdana malam ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berbuka puasa bersama golongan pendidik, ilmuwan, ulama dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di kediaman rasmi, Seri Perdana, di sini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu itu turut disertai Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Turut serta isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail.

Tetamu jemputan merupakan kakitangan dari agensi kerajaan antaranya Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, Lembaga Tabung Haji dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta NGO Islam antaranya Pergerakan Belia India Muslim Malaysia.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran 20 anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dengan warga kementerian dan NGO yang hadir serta menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah yang diimamkan Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Amir Rahman Abbas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad