web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Johor Teruskan Tradisi Utus Kad Raya Tradisional, ‘Pasti Mengigau Saya Malam Ini’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 7:00PM

Sultan Ibrahim menandatangani kad hari raya. - Gambar daripada Facebook Sultan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penghantaran ucapan Aidilfitri pada zaman teknologi kini menyaksikan ia sering dibuat menerusi media sosial dan aplikasi gajet, namun Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tetap berkenan meneruskan tradisi kegemaran baginda yang ‘unik dan istimewa’ apabila mengutus kad hari raya secara tradisional.

Menerusi Facebook, Sultan Ibrahim berkongsi momen menandatangani 300 kad ucapan Hari Raya daripada baginda dan keluarga Diraja Johor bersempena Aidilfitri tahun ini untuk disampaikan kepada orang kenamaan, pegawai kerajaan, kakitangan Istana Johor serta orang awam.

“DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan meneruskan tradisi kegemaran Baginda dengan menandatangani sendiri setiap kad ucapan sempena sambutan Aidilfitri.

“Secara lazimnya pada setiap tahun, Baginda Sultan berkenan menandatangani sendiri setiap kad ucapan yang kemudian, disampaikan kepada orang kenamaan, pegawai kerajaan, kakitangan Istana Johor serta orang awam.

“Pada hari ini (6 April), DYMM Sultan Johor berkenan menandatangani sebanyak 300 kad ucapan Hari Raya daripada Baginda dan juga Keluarga DiRaja Johor,” menurut Facebook baginda.

Melalui hantaran sama, Sultan Ibrahim turut berjenaka apabila bertitah baginda menandatangani ratusan kad itu sehingga ‘mengantuk dan letih’.

Titahnya, perkara itu pastinya terbawa-bawa ke tidur dan baginda akan bermimpi sedang memegang pen sambil menandatangani kad serta ‘mengigau’.

“Boleh mengantuk saya menandatangani semuanya, letih tangan saya tanda tangan setiap kad.

“Pastinya malam ini saya ‘mengigau’ semasa tidur mimpi memegang pen sambil tanda tangan kad raya ini,” titah baginda ketika berjenaka kepada Royal Press Office (RPO).

Baginda juga turut berkongsi video baginda menandatangani kad ucapan itu.

 Menandatangani kad Hari Raya menjadi kelaziman Sultan Ibrahim sejak bertahun lalu.

Dalam perkongsiannya di Facebook rasmi baginda sebelum ini, Sultan Ibrahim bertitah orang ramai boleh mengirimkan kad ucapan berkenaan ke alamat Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru dan kad diterima akan diutus kembali baginda.

Titahnya, baginda percaya bahawa mengutus kad Hari Raya secara tradisional dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Sultan Ibrahim dan keluarga baginda dikenali sebagai kerabat Diraja yang mesra rakyat, selain sering turun mencemar duli bertemu rakyat dalam acara tertentu, termasuk melawat golongan susah serta keraian.

Perkongsian baginda menerima perhatian daripada rakyat yang rata-rata memuji dan ‘teruja’ dengan sikap ditunjukkan baginda, malah berharap mereka akan menjadi antara individu bertuah untuk mendapat kad itu.

“Daulat Tuanku, semoga dapat kad raya dari Tuanku tahun ini untuk saya,” kata Yusri.

“Terbaik Tuanku. Minta-minta ada lah rezeki patik Tuanku. Sayang Tuanku. Daulat Tuanku,” tulis Mai.

“Daulat Tuanku. Patik orang Johor teringin juga dapat kad raya dari Tuanku,” ujar Rossinah.

“Andai saya dapat satu dari kad raya tu, tak tahu perkataan apa yang saya nak ucap, terbaik lah Tuanku,” kata Ina.

“Semoga ada rezeki untuk terima kad raya dari Tuanku tahun ini. Saya dah kirim kepada Sultan (Johor) masa awal Ramadan hari tu,” jelas Norain.

Ada antara netizen pula berkongsi perancangan sekiranya ditakdirkan bertuah menerima kad ucapan itu.

“Beruntungnya lah siapa yang dapat. Jika saya, pasti dibingkaikan,” komen Dearly.

“Bestnya dapat kad daripada Tuanku. Saya tunjuk kad tu naik lori buat announcement (pengumuman),” kata Syahirah.

“Wah bestnya kalau tiba-tiba dapat. Mesti simpan sebagai kenangan kad tu,” tulis Haspalela.

Sementara itu, seorang netizen berkongsi bahawa dia pernah menerima kad raya daripada Sultan Ibrahim pada tahun sebelum ini dan masih menyimpannya.

“Salam hormat Tuanku. Kad Tuanku masih dalam simpanan saya. Terima kasih Tuanku,” kata Reezan. - Getaran, 6 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Pandu Kereta Termahal Di Dunia

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Waspada Akaun Media Sosial Palsu Guna 'Suara' Agong

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad