web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Raja Permaisuri Berkenan Lawat Bazar Ramadan Tanjung Tokong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 6:39PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyanyuni peniaga di Bazar Ramadan Tanjong Tokong hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat Bazar Ramadan di Tanjung Tokong, di sini, hari ini.

Ketibaan Seri Paduka berdua disambut oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, pada jam 4 petang.

Para pengunjung yang jelas ceria dengan kehadiran Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan baginda berdua.

Dalam kunjungan kira-kira sejam itu, Seri Paduka berdua berkenan membeli juadah berbuka puasa di bazar berkenaan yang menawarkan lebih 83 juadah berbuka puasa.

Seorang penjual nasi campur, Salmiah Md Noh, 55, berkata beliau amat teruja dan gembira dapat berjumpa dengan pasangan diraja itu secara dekat.

“Saya tidak menyangkakan sepanjang umur hidup, saya dapat berjumpa dengan Seri Paduka berdua dengan begitu dekat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Salmiah yang telah berniaga nasi berlauk lebih 30 tahun, berkata, beliau berasa amat bangga kerana Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut membeli tiga lauk dari gerainya sebagai juadah untuk berbuka puasa.

“Antara lauk yang dipilih oleh Baginda berdua  adalah ayam goreng berempah, rebung masak lemah dan kobis goreng,” katanya.

Kira-kira 1,000 orang mengunjungi bazar berkenaan berpeluang untuk melihat kelibat tetamu istimewa itu secara lebih dekat.

Baginda berdua berada di Pulau Pinang dalam lawatan tiga hari sehingga Sabtu ini dan dijadual berangkat menghadiri majlis berbuka puasa di Seri Mutiara, kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri, di sini, petang ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berkenan Kurnia Sijil Pandu Puteri Raja

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad