web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Rasuah Guan Eng: Mahkamah Perintah Pihak Pendakwaan Serah Transkrip WhatsApp

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 3:03PM

Sebelum ini, pasukan pembelaan Lim Guan Eng mendakwa perbualan WhatsApp itu akan menafikan keterangan saksi terdahulu yang mendakwa Pengerusi DAP itu adalah penerima sogokan RM2 juta berkenaan - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini membenarkan pasukan pembelaan Lim Guan Eng untuk mendapatkan laporan forensik perbualan di aplikasi WhatsApp antara dua saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan pembinaan terowong dasar laut yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan itu.

Hakim Azura Alwi hari ini berkata, pihak pembelaan, diketuai oleh Gobind Singh Deo, berjaya membuktikan bahawa permohonan mereka untuk laporan analisa forensik mengandungi perbualan mesej itu adalah perlu dan wajar.

“Mahkamah mendapati terdapat dua keterangan berbeza di mahkamah berasingan mengenai tujuan dan penerima RM2 juta membabitkan baucar bayaran dan cek yang sama.

“Oleh itu, fakta penuh mesti dikemukakan kepada mahkamah untuk mencapai kebenaran.

“Prinsip kesaksamaan dan hak untuk perbicaraan yang adil hanya boleh dicapai jika permohonan itu dibenarkan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Wan Shahruddin Wan Ladin kemudian memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan akan memberikan laporan itu kepada pihak pembelaan selewat-lewatnya 17 April ini.

Azura juga menetapkan pengurusan kes pada 10 Mei depan.

Sebelum ini, pasukan pembelaan Guan Eng mendakwa perbualan WhatsApp itu akan menafikan keterangan saksi terdahulu yang mendakwa Pengerusi DAP itu adalah penerima sogokan RM2 juta berkenaan.

Laporan forensik tersebut membabitkan perbualan antara G Gnanaraja dan ahli perniagaan, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berhubung pemberian ‘Coklat RM2 juta’ yang didakwa telah diberikan kepada Guan Eng sebagai rasuah.

Zarul juga Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), syarikat yang mengendalikan projek terowong dasar laut.

Gobind sebelum ini berhujah bahawa pihak pendakwaan "menindas bukti" kerana enggan menyerahkan laporan itu, yang menunjukkan bagaimana perdana menteri pada 2017 adalah penerima sebenar wang daripada Zarul dan Gnanaraja.

Guan Eng berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar, pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017. – The Vibes, 5 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

'YB Kepala Batas, Kamu Ada 48 Jam Untuk Kemukakan Bukti' - Guan Eng

2

Politik 2 tahun yang lalu

Rakyat Perlu Bersatu, Tolak Eksploitasi Perkauman, Ekstremisme - Guan Eng

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Hadi Awang, Guan Eng Diserah Ke AGC Semalam - KPN

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pulau Pinang Tak Goyah, Kekal Teguh Di Belakang PM - Guan Eng

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan