web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pencarum KWSP Boleh Mohon Pinjaman Bank Bermula 7 Mei Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 12:00PM

Menurut KWSP, fasiliti bakal dilaksanakan dalam dua fasa itu, akan ditawarkan MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur 40 tahun ke atas, boleh membuat permohonan pinjaman bank bermula 7 Mei ini, dengan syarat mempunyai jumlah minimum RM3,000 di dalam Akaun 2.

KWSP menerusi kenyataannya hari ini memaklumkan, permohonan menerusi Fasa 1 di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 seperti diumumkan Kementerian Kewangan itu juga, tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian.

Menurutnya, fasiliti bakal dilaksanakan dalam dua fasa itu, akan ditawarkan MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) setakat ini, dengan KWSP mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak bank untuk mengambil bahagian.

“Kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (islamik) akan dikenakan bank yang mengambil bahagian di bawah program ini adalah antara empat peratus hingga lima peratus, lebih rendah dan lebih berpatutan daripada kadar pasaran semasa, iaitu 8 peratus hingga 15 peratus.

“Jumlah pembiayaan maksimum ditetapkan pada RM50,000, tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.

“Bermula 5 April 2023, ahli boleh melawat https://fsa2.kwsp.gov.my untuk menyemak kelayakan dan amaun pembiayaan peribadi yang boleh dimohon, selain soalan lazim berserta jawapan berkenaan fasiliti ini,” katanya.

Menerusi kenyataan itu, KWSP turut memperincikan mekanisme, terma dan syarat untuk fasiliti berkenaan.

Ia termasuk, simpanan dalam Akaun 2 hanya boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun, berdasarkan pengeluaran sedia ada yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991 (Akta).

Bagaimanapun, pengeluaran itu adalah bersyarat di mana pembayaran akan hanya dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli mencapai umur 50 hingga 55 tahun, seperti termaktub dalam Akta.

Pihak bank akan mentadbir sepenuhnya proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan ini, tertakluk kepada penilaian pembiayaan dan rangka kerja kredit mereka.

Permohonan pembiayaan peribadi ini boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Sebelum membuat permohonan, ahli perlu membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP, manakala dibuat mengikut terma dan syarat dipersetujui dengan institusi perbankan.

Apabila permohonan diluluskan, ahli boleh mengemukakan permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun kepada KWSP, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

Mengulas lanjut, KWSP berkata, fasiliti itu disasarkan kepada ahli KWSP yang mempunyai simpanan dalam Akaun 2 dan disokong dengan pendapatan berpatutan.

Ujarnya, ia bagi memastikan mereka mampu membiayai dan membayar balik tanpa menjejaskan kecukupan serta keselamatan simpanan persaraan mereka.

Fasiliti sokongan itu, katanya, menawarkan penyelesaian praktikal untuk ahli KWSP yang menghadapi isu ketidakcukupan tunai sementara, dengan menyediakan aliran tunai melalui pembiayaan peribadi dengan impak minimum kepada simpanan persaraan mereka.

“Sekiranya ahli membuat notis awal untuk pengeluaran umur 50 tahun, KWSP akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank pada mana-mana peringkat umur antara 50 dan 54 tahun, mengikut pilihan ahli.

“Jika ahli memilih pengeluaran umur 55 tahun, KWSP akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank pada umur 55 tahun.

“Jumlah yang dibayar akan digunakan untuk menjelaskan baki pembiayaan peribadi, sekiranya ada, sebelum memulangkan sebarang lebihan kepada ahli.” Katanya.

Pada masa sama, KWSP menjelaskan, simpanan ahli akan kekal dalam Akaun 2 dan terus menerima dividen tahunan KWSP, seterusnya membolehkan ahli mengambil manfaat daripada kuasa pengkompaunan dividen ke atas simpanan persaraan mereka, di samping masih memenuhi keperluan kewangan jangka pendek mereka.

“Ahli boleh membatalkan notis awal pengeluaran umur 50 tahun atau 55 tahun dengan memaklumkannya kepada KWSP, sekiranya ahli sudah menyelesaikan sepenuhnya pembiayaan peribadi mereka.

“Sebaik sahaja notis awal dibatalkan, jumlah dipohon untuk pengeluaran (prinsipal dan dividen terkumpul) dalam Akaun 2 boleh digunakan untuk pengeluaran pra-persaraan lain daripada KWSP.

“Untuk maklumat lanjut mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2, ahli boleh merujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000,” katanya.

Tarikh permulaan permohonan Fasa 2 pula, katanya, yang khusus kepada ahli di bawah umur 40 tahun, akan diumumkan dalam masa terdekat. – Getaran, 3 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad