web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Majlis Angkat Sumpah Exco Dijangka Rabu Ini - Ab Rauf

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 9:31AM

Ab Rauf Yusoh berkata cadangan nama tersebut telah dibincang dan diterima oleh Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA -  Majlis istiadat angkat sumpah barisan exco kerajaan negeri Melaka dijangka dilangsungkan pada Rabu ini. 

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata cadangan nama tersebut telah dibincang dan diterima oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

"Seperti yang saya janjikan saya telah melengkapkan senarai nama barisan exco dalam tempoh 48 jam.

"Senarai nama-nama yang dirundingkan telah diterima dan saya akan menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam selepas beliau pulang dari luar negara," katanya. 

Beliau berkata kepada media selepas memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 dengan memasuki pejabatnya di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, pagi ini.

Katanya urusan pengumuman secara rasmi barisan exco tersebut akan diselesaikan sebelum keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Melaka Rabu ini. 

Ditanya mengenai komposisi exco daripada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan serta diwujudkan semula jawatan timbalan exco beliau enggan mengulas dan menyatakan hal tersebut hanya akan diumumkan kemudian.

"Apa yang boleh saya katakan portfolio adalah cantik dan menarik. Jadi kita tunggulah pada Rabu ini," katanya.

Terdahulu Ab Rauf, 62, tiba di Seri Negeri dengan menaiki kenderaan rasmi Ketua Menteri pada 7.30  pagi dan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari serta kakitangan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau kemudian mengimbas kad perakam waktu pada 7.33 pagi sebelum memasuki bilik pejabatnya bagi menghadiri upacara ringkas selain sesi bergambar bersama ketua-ketua jabatan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara itu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di sini Jumaat lalu selepas Datuk Sulaiman Md Ali meletak jawatan sebagai Ketua Menteri ke-12. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Melaka Azam Rampas Semula Kerusi DUN Sungai Udang Pada PRU16

2

Politik 2 tahun yang lalu

40 ADUN Pulau Pinang Angkat Sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Sungai Melaka Fasa Dua Sebagai Kawasan Aktiviti, Latihan Sukan Air

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang 2 Penggal Tidak Boleh Dilantik Semula - Chow

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad