Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Ditubuh Tangani Isu Doktor Kontrak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 2:12PM

Dr Zaliha Mustafa - Gambar fail Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu doktor kontrak yang masih menjadi bualan hangat ketika ini.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, penubuhan jawatankuasa itu akan menggabungkan beberapa kementerian dan agensi, termasuk pembabitan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Tan Sri Mohd Zuki Ali
Tan Sri Mohd Zuki Ali

Menurut beliau, protes bukanlah cara terbaik untuk menyelesaikan isu yang membabitkan sektor kesihatan.

“KKM menyedari isu doktor kontrak adalah isu lama diwarisi daripada kerajaan terdahulu, sejak ia diperkenalkan pada 2016 lagi, akibat lambakan keluaran doktor di pasaran ketika itu.

“Isu ini telah dibincangkan di Mesyuarat Kabinet semalam, yang akhirnya bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Zaliha berkata, beberapa hari ini tular di media sosial mengenai jemputan penganjuran mogok dalam kalangan doktor kontrak yang akan diadakan pada 3 hingga 5 April ini.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini KKM tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai mogok tersebut.

“KKM berpandangan mogok bukanlah suatu jalan penyelesaian terbaik terhadap apa juga permasalahan yang timbul berkaitan dengan profesion pegawai perubatan atau mana-mana skim profesional lain.

“Sebaliknya perkara ini perlu dipertimbang dengan teliti. Ini kerana perkhidmatan kesihatan merupakan suatu perkhidmatan kritikal kerana ia melibatkan nyawa manusia dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Dr Zaliha berkata, KKM sudah mengambil tindakan terhadap permasalahan serta permintaan yang dibangkitkan petugas kesihatan dari semasa ke semasa.

Katanya, antara tindakan yang diambil termasuk mewujudkan perjawatan tetap, memberi penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan, kenaikan pangkat secara time-based, peluang kenaikan ke gred khas dan kewujudan gred UD56 untuk pakar perubatan serta skim lain ditambah baik.

“Kita sentiasa peka dengan permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan dan memastikan ia diteliti serta diberi penyelesaian sewajarnya berdasarkan kemampuan ekonomi negara.

“Justeru, KKM ingin menekankan mogok bukan jalan penyelesaian terbaik dan permasalahan yang timbul perlu ditangani dengan penglibatan bersama secara lebih profesional dan berhemah,” katanya.

Beliau turut menegaskan kakitangan awam sama ada berjawatan tetap mahupun kontrak adalah tertakluk kepada integriti penjawat awam dan Etika Perkhidmatan Awam.

Sebelum ini, sebuah kumpulan dikenali sebagai “Mogok Doktor Malaysia” memaklumkan, kira-kira 8,000 doktor kontrak bercadang menyertai mogok yang akan diadakan bulan ini.

Sebuah kumpulan dikenali sebagai “Mogok Doktor Malaysia” memaklumkan, kira-kira 8,000 doktor kontrak bercadang menyertai mogok yang akan diadakan bulan ini. - Gambar hiasan
Sebuah kumpulan dikenali sebagai “Mogok Doktor Malaysia” memaklumkan, kira-kira 8,000 doktor kontrak bercadang menyertai mogok yang akan diadakan bulan ini. - Gambar hiasan

Kumpulan itu juga mengancam bahawa pekerja kesihatan boleh bertindak meletak jawatan secara beramai-ramai.

Mogok itu dipercayai akan diadakan di seluruh negara sekiranya kerajaan dan KKM tidak memenuhi permintaan kumpulan petugas terbabit sebelum 1 April, seperti dimaklumkan menerusi memorandum pada 21 Februari lalu.

Memorandum ditujukan kepada kerajaan, KKM dan Menteri Kesihatan.

Ia mengandungi tuntutan supaya pihak berkenaan menyerap semua pegawai perubatan kontrak ke jawatan tetap, tanpa sebarang syarat atau temu duga, selain meningkatkan gaji asas serta kadar oncall pakar perubatan dengan pegawai perubatan.

Kumpulan terbabit turut menuntut pihak berkaitan mengatasi masalah kekurangan pakar perubatan, pegawai perubatan dan pegawai perubatan siswazah dengan segera.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihati petugas kesihatan supaya tidak menyertai mogok tersebut.

Beliau menegaskan, KKM hanya menerima hebahan berhubung penganjuran mogok itu melalui saluran media sosial, malah pihaknya tiada maklumat lanjut.

Katanya, perkhidmatan kesihatan di negara ini perlu terus dianggap sebagai sektor kritikal kompleks dan mencabar, dengan risiko serta jerih perih dihadapi anggota kesihatan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, umum mengetahui sebahagian besar pegawai perubatan itu bertugas di bawah sektor awam, dengan perkhidmatan kesihatan adalah antara penyumbang terbesar kepada kemakmuran serta pertumbuhan ekonomi negara.

Tegasnya, tanpa sistem kesihatan utuh dan warga kerja perkhidmatan kesihatan yang terus memberikan servis, tidak mungkin negara boleh terus maju.

“Jelas kesihatan adalah satu daripada hak asasi manusia dan perkhidmatan kesihatan perlu terus diutamakan,” katanya. - Getaran, 1 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Projek Hospital Kemaman Baharu Kini 75 Peratus, Siap Ogos 2024

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Hampir RM10 Bilion Dibelanja Bagi Penyakit Tidak Berjangkit - Dr Zaliha

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

Politik 1 hari yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad