Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


China Setuju Labur RM170 Bilion Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 1:12PM

Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Malaysia-China 2023 hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING - Malaysia memperoleh pulangan pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, ia adalah hasil daripada 19 Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dan China serta perbincangan meja bulat dengan tokoh korporat elit negara itu pagi tadi.

Ia juga merupakan komitmen pelaburan tertinggi dari China ke Malaysia.

Anwar, dalam satu pengumuman ringkas berkata, komitmen pelaburan itu memberi keyakinan Malaysia tentang masa depan yang lebih cerah.

“Saya harus berterima kasih kepada pelabur atas kerjasama mereka serta keyakinan kepada kami,” katanya selepas  berakhir Forum Perniagaan Malaysia-China di sini.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu pemberita Malaysia di sini bahawa kebanyakan MoU tertumpu kepada teknologi hijau dan ekonomi digital.

“Kami juga sedang berusaha untuk menambah baik kesan limpahan kepada pemain industri PKS supaya pelaburan dapat dirasai di seluruh ekosistem perniagaan.

“Ini akan membawa kepada peningkatan gaji untuk lebih ramai pekerja Malaysia, sekali gus memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi,” katanya.

Beliau berkata, perdana menteri sedang mengadakan perbincangan berturut-turut dengan pembuat keputusan perniagaan utama China sejak mereka berlepas menemuinya di Beijing.

“Kami mahu memanfaatkan keupayaan PM untuk meyakinkan pelabur supaya datang ke Malaysia. Bagi MITI, tanggungjawab kami adalah untuk memudahkan pelaksanaan pelaburan itu.

Antara organisasi dan syarikat yang terlibat dalam pelbagai pertukaran MoU ialah Dewan Perniagaan dan Industri China Bersekutu Malaysia (ACCCIM) dan Dewan Perniagaan China untuk Import dan Eksport Jentera dan Produk Elektronik, DRB-Hicom Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd , Sunsuria Bhd and IAT Automobile Technology Co Ltd, LBS Bina Group Bhd dan Sany Group Co Ltd, Perbadanan PR1MA Malaysia, Construction Industry Development (M) Sdn Bhd, Perak State Progress Agency serta CSSC International Engineering Co Ltd.

Anwar juga dijadual bertemu Perdana Menteri China Li Qiang pada sebelah malam, di mana kedua-duanya akan mengadakan pertemuan dua hala di Rumah Besar Rakyat di sini.

Kedua-dua pemimpin itu akan menandatangani tiga MoU kerajaan dengan kerajaan.

Tiga MoU itu ialah:

  • i. Protokol Pertama untuk Meminda Perjanjian Memperluas dan Melebarkan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan antara Malaysia dan China. Ini melibatkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan rakan sejawatannya dari China.
  • ii. Protokol Keperluan Fitosanitari untuk Pengeksportan Nangka ke China antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dengan Pentadbiran Am Kastam China.
  • iii. Protokol mengenai Kuarantin dan Keperluan Kesihatan untuk Import Makanan Akuakultur dari Malaysia ke China.

Qiang juga menganjurkan majlis jamuan untuk menyambut kehadiran Anwar.

Semalam, Presiden China Xi Jinping dan Anwar mengadakan pertemuan dua hala di Rumah Besar Rakyat.

Dalam ucapan pada mesyuarat itu, Jinping berkata, Malaysia adalah negara ASEAN pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan China, dan menyatakan tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-10 perkongsian kerjasama komprehensif antara kedua-dua negara.

“Tahun depan, kedua-dua negara akan menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik. Hubungan dua hala berada pada titik permulaan sejarah baharu,” katanya.

Sambil menyifatkan lawatan rasminya sebagai satu penghormatan untuk Malaysia, Anwar berkata, perjalanannya dipantau rapi oleh rakyat Malaysia yang “amat mengagumi” dan menghormati China.

“Kami rakyat Malaysia secara amnya berhutang besar kepada China dari segi pelaburan, pencapaian ekonomi dan pembinaan,” katanya.

China antara satu daripada lapan negara yang dilawati Anwar sejak beliau memegang jawatan kira-kira empat bulan lalu.

Anwar diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Pengangkutan Anthony Loke; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing. - Getaran, 1 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

2

Semasa 3 hari yang lalu

‘Terima Kasih PMX, Allah Sahaja Yang Dapat Membalas’ - Nadir Al-Nuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Situasi Di Asia Barat - PM

4

Semasa 4 hari yang lalu

Kerajaan Pantau Rapat Situasi Di Iran - Anwar

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Politik 12 jam yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Semasa 1 hari yang lalu

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

oleh Wartawan Getaran