web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Hadiri Sesi Meja Bulat Dengan Tokoh Korporat China

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 12:31PM

Dalam mesyuarat meja bulat selama sejam itu, Anwar berpeluang menerima maklum balas daripada tokoh korporat berprofil tinggi di China. - Gambar Twitter Wee Ka Siong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan hari terakhirnya di China dengan menghadiri mesyuarat yang menampilkan 80 ketua industri di sini.

Dalam mesyuarat meja bulat selama sejam itu, beliau berpeluang menerima maklum balas daripada tokoh korporat berprofil tinggi di China.

Mereka mewakili kira-kira 36 syarikat dalam industri berteknologi tinggi, ekonomi digital, automotif, perkhidmatan, pembuatan, import-eksport dan infrastruktur.

Suasana dalam pertemuan itu disifatkan sebagai optimis dan wakil terbabit berkata mereka teruja untuk meneroka pelaburan ke Malaysia.

Dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), ia merupakan peluang untuk perdana menteri dan menteri pengiring terlibat secara langsung dengan tokoh korporat China.

Anwar diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Pengangkutan Anthony Loke; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, dan Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin serta Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Anwar juga dijadual bertemu Perdana Menteri China, Li Qiang pada sebelah malam, di mana kedua-duanya akan mengadakan pertemuan dua hala di Rumah Besar Rakyat di sini.

Li juga menganjurkan majlis jamuan untuk mengalu-alukan kehadiran Anwar.

China adalah salah satu daripada lapan negara yang dilawati Anwar sejak beliau memegang jawatan perdana menteri kira-kira empat bulan lalu.

Anwar, dalam ucaptamanya di Forum Perniagaan Malaysia-China yang berlangsung sejurus selepas itu berkata, sesi meja bulat berkenaan adalah perhimpunan yang julung kali diadakan dan tidak pernah dilihat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Perdana Menteri turut berkongsi beliau mengadakan ‘perbincangan penuh bermakna’ dengan tokoh korporat China dan optimistik mengenai masa depan perniagaan di Malaysia. - The Vibes, 1 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi