web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Ke Pantai Timur Tawar 1,864 Tiket

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 3:22PM

Sebanyak 1,864 tiket ditawarkan untuk tren khas itu yang dilengkapi dengan koc katil, koc tempat duduk premier dan superior, serta koc bufet. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menawarkan empat perjalanan bagi perkhidmatan Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri ke Pantai Timur bagi laluan KL Sentral-Tumpat, Kelantan, sempena Hari Raya Aidilfitri.

Perjalanan terlibat adalah pada 19 April dan 20 April bagi laluan KL Sentral ke Tumpat dengan waktu berlepas pada pukul 11 malam, manakala perjalanan bagi laluan Tumpat ke KL Sentral pula adalah pada 24 April dan 25 April dengan waktu berlepas pada 10.50 malam.

KTMB dalam kenyataan hari ini berkata sebanyak 1,864 tiket ditawarkan untuk tren khas itu yang dilengkapi dengan koc katil, koc tempat duduk premier dan superior, serta koc bufet.

“Tiket akan mula dijual pada 1 April pada 10 pagi dengan harga bermula RM55 sehingga RM83 bagi perjalanan sehala," kata KTMB yang turut menyarankan pengguna membeli tiket menerusi aplikasi KTMB Mobile atau laman sesawang KTMB.

KTMB berkata tren khas berkenaan akan berhenti di 16 stesen antaranya Bandar Tasik Selatan, Gemas, Mentakab, Jerantut, Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas dan Tumpat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Perjalanan ETS Terganggu Akan Dipulangkan Secara Penuh - KTMB

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Basikal Dilarang Dalam ETS, Tren Antara Bandar - KTMB

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Percuma 2 Hari Untuk Penumpang KTMB Lembah Klang Sempena Thaipusam - Loke

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kren Tumbang : Perkhidmatan Komuter, ETS Kembali Pulih

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad