web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya Alu-Alukan Jawatan Tetap Tanpa Pencen Jika Diganti Dengan KWSP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2023 11:00AM

MMA menegaskan petugas perubatan berstatus kontrak yang diserap ke dalam sistem perjawatan tetap tanpa pencen perlu diberikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menegaskan petugas perubatan berstatus kontrak yang diserap ke dalam sistem perjawatan tetap tanpa pencen perlu diberikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Presidennya, Dr Muruga Raj Rajathurai berkata, MMA akan mengalu-alukan jawatan tersebut bagi doktor kontrak hanya jika ia digantikan dengan caruman KWSP.

Menurut beliau, bagaimanapun, pilihan utama MMA adalah jawatan tetap untuk semua mengikut kaedah semasa.

“Malah jawatan tetap dengan caruman KWSP dicadangkan MMA kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2019 apabila berunding untuk mendapatkan lebih banyak jawatan tetap untuk doktor kontrak. 

“Kami memahami skim pencen adalah beban yang berat namun dana untuk persaraan mesti didesak.

“Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen perlu menunjukkan kepemimpinan melalui teladan dengan menukar skim pencen mereka kepada caruman KWSP jika skim pencen ditanggung kerajaan terlalu membebankan,” katanya dalam kenyataan kepada Getaran.

Jelas beliau, sebelum ini, media melaporkan seorang ADUN atau Ahli Parlimen boleh menerima pelbagai pencen antaranya dengan berkhidmat di beberapa jawatan negeri atau peringkat persekutuan.

Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, KKM sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyerap petugas perubatan berstatus kontrak ke dalam sistem perjawatan tetap tanpa diberikan pencen.

Katanya, langkah itu bagi menangani bebanan tugas yang melebihi kapasiti sumber sedia ada serta untuk mengurangkan beban skim berpencen ditanggung negara ketika ini yang mencecah RM29.1 bilion pada 2021.

“Kita sedar beban kerajaan berdepan dengan skim berpencen iaitu pada 2011 nilainya adalah sebanyak RM3.1 bilion dan kemudian meningkat kepada RM29.1 bilion pada 2021, ini adalah beban yang sangat tinggi dan mungkin terus meningkat.

“Jadi kita memikirkan jalan keluarnya adalah dengan mengusulkan untuk mengambil pekerja kontrak secara tetap tetapi tanpa pencen.

“Namun mereka ini boleh mendapat manfaat yang sama seperti pekerja tetap yang lain antaranya boleh membuat pinjaman perumahan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, semalam. – Getaran, 31 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Komunikasi Kaji Gubal Akta Muzik

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar