web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebakaran Ragut 4 Beradik: Jiran Sangka Tiada Siapa Di Rumah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 6:41PM

Empat kanak-kanak yang maut dalam kebakaran di Kampung Sabak Awor malam tadi dipercayai cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran dengan bersembunyi di bilik air di bahagian dapur rumah berkenaan. - Gambar dari Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Beberapa penduduk di Kampung Sabak Awor tidak menyangka kebakaran yang berlaku Maghrib semalam berakhir dengan tragedi meragut nyawa empat beradik kerana beranggapan tiada siapa di rumah. 

Jiran terdekat Limat Sawal, 53, berkata ketiadaan kereta Perodua Kancil yang biasa membawa keempat-empat kanak-kanak itu keluar, menguatkan lagi anggapan mereka tiada orang di rumah ketika itu.

"Biasanya kami melihat keempat-empat anak ini bermain di luar rumah dan ada kereta tetapi semasa kejadian, tiada kereta, jadi kami fikir tiada orang.

"Kami memang tidak sangka terdapat mangsa di dalam dan hanya menyedari ada mangsa di dalam apabila ibu mangsa yang baru tiba memaklumkan anaknya masih di dalam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kebakaran, hari ini. 

Limat, yang tinggal kira-kira 100 meter daripada rumah mangsa itu berkata, dia antara yang terawal menyedari akan kebakaran tersebut, turut memanggil penduduk lain untuk sama-sama memadamkan kebakaran.

"Kejadian berlaku terlalu pantas, kami berusaha untuk padamkan kebakaran dengan menjirus air daripada paip berdekatan.

"Saya rasa sangat sedih dan hiba. Saya tak sanggup melihat keadaan kanak-kanak itu yang seusia lebih kurang cucu saya. Ibu mereka ada bergaul dengan orang dan sering bertanya khabar, anak-anaknya juga selalu bermain di sini, jadi saya sedih," katanya.

Seorang lagi, Idris Sehan, 76, berkata dia hanya mengetahui kejadian berkenaan selepas selesai solat terawih.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan ada rumah terbakar dan lebih mengejutkan lagi, rumah itu adalah rumah sepupu saya yang disewakan kepada keluarga itu sejak empat tahun lepas," katanya, memaklumkan ibu bapa mangsa kini tinggal di balai raya selepas kehilangan tempat tinggal.

Dalam kejadian 7.49 malam tadi, empat kanak-kanak yang maut sebelum itu dipercayai cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran dengan bersembunyi di bilik air di bahagian dapur rumah berkenaan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam