web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isteri Musa Hassan Fail Cerai Kerana Shiqaq

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 2:47PM

Elly Afizahwati Abdul Jalil (kiri)- Gambar ihsan Sinar Harian

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isteri mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil hari ini memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, Selangor, susulan kes pergolakan rumah tangga mereka yang tidak berkesudahan.

Menerusi permohonan itu, Elly Afizahwati, 42, berkata, ia juga disebabkan faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa yang dikahwininya sejak 10 tahun lalu.

Musa Hassan
Musa Hassan

Beliau hadir bersama peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud untuk mengemukakan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

“Tan Sri (Musa Hassan) pun sudah keluar rumah kelamin sejak enam bulan lalu.

“Selepas tuntutan cerai ini saya akan memfailkan tuntutan hak jagaan dan nafkah anak saya yang berusia lapan tahun,” katanya ketika ditemui.

Mahkamah menetapkan 11 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Pasangan itu berkahwin pada 2 Ogos 2013 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Terdahulu, tular di Twitter tiga klip video memaparkan seorang lelaki mirip Musa bergaduh dengan seorang wanita pada 7 Mac lalu.

Menerusi paparan video berdurasi 1 minit 3 saat, 11 saat dan 9 saat itu, pergaduhan terbabit dipercayai berkaitan isu kewangan dan dakwaan tuntutan harta.

Di akhir video berdurasi 1 minit 3 saat itu, lelaki terbabit dipercayai ‘memukul’ wanita berkenaan.

Menerusi dua lagi klip video, wanita itu berulang kali meminta supaya telefon bimbitnya dipulangkan. – Getaran, 30 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad