Berita Terkini

9 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 9 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 9 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 9 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 9 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


‘Ini Privasi Keluarga, Jangan Masuk Campur Buat Spekulasi…’ Musa Hassan

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 12:15PM

Musa Hassan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta masyarakat, termasuk netizen tidak mencampuri privasi keluarganya atau membuat sebarang spekulasi mengenainya.

Ciapan itu dimuat naik beliau susulan tiga klip video memaparkan seorang lelaki miripnya bergaduh dengan seorang wanita yang tular di Twitter sejak semalam.

Malah, beliau turut memberi ‘amaran’ bahawa mana-mana individu yang cuba masuk campur dalam isu itu akan berdepan tindakan undang-undang.

“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur.

“Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya.

Musa turut menulis beberapa contoh ciri isteri derhaka, selain mengingatkan isteri supaya tidak mengamalkan sikap tertentu, termasuk menjadi tekanan kepada suami.

 “Isteri derhaka pada suami, tempatnya adalah neraka jahanam,” ciapnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan netizen yang memintanya memberi penjelasan, selain sebagai respon berhubung video berkenaan yang dikongsikan seorang pengguna Twitter @makcikbawangmu.

Terdahulu, menerusi paparan video berdurasi 1 minit 3 saat, 11 saat dan 9 saat itu, pergaduhan terbabit dipercayai berkaitan isu kewangan dan dakwaan tuntutan harta.

Di akhir video berdurasi 1 minit 3 saat itu, lelaki terbabit dipercayai ‘memukul’ wanita berkenaan.

Menerusi dua lagi klip video, wanita itu berulang kali meminta supaya telefon bimbitnya dipulangkan.

“Kau bagi handphone (telefon bimbit) aku, kau bagi…” kata wanita itu, namun tidak dipedulikan lelaki terbabit yang mengenakan topi keledar menuju ke pintu rumah untuk keluar.

Kejadian itu turut mencetuskan rasa tidak puas hati netizen ekoran ia berlaku di hadapan seorang kanak-kanak.

Sementara itu, wanita dikatakan isteri kedua berusia awal 40-an terbabit kemudian membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) mendakwa dia dipukul beberapa kali, termasuk di kepala dan belakang leher dalam kejadian berkenaan.

Difahamkan, awalnya, suami mangsa datang ke kediaman berkenaan untuk menghantar peralatan anak mereka yang dibelikannya, sebelum tercetus pergaduhan.

Menurut laporan media pula, bekas pegawai polis berusia lingkungan 70-an terbabit turut membuat laporan menerusi peguamnya di balai polis sama.

Dalam laporannya, beliau menyatakan dipukul menggunakan helmet dalam kejadian itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi media mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. – Getaran, 8 Mac 2023
 

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Janji Palsu Scammer Terbongkar, 3 Termasuk Wanita Asing Dicekup

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Jumlah Doktor Masih Rendah, JPA Kenapa Hentikan Tajaan?

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

Pecah Monopoli: Tiada Isu Kekurangan Tenaga Kerja - Sivakumar

Semasa 17 jam yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi Erat Hubungan Antarabangsa, Perdagangan Dan Aktiviti Islam