Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Mahkamah Persekutuan Akan Putuskan Permohonan Semakan Kes SRC Najib Esok

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2023 2:18PM

Najib Tun Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan dijadual menyampaikan keputusannya esok terhadap permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak semula keputusan mahkamah tertinggi negara sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim terdiri daripada hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais akan menyampaikan penghakiman tersebut pada 9 pagi.

Najib, 69, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang, memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas.

Sementara itu, peguam jenayah terkemuka Datuk N. Sivananthan ketika diminta mengulas mengenai apa yang akan berlaku jika permohonan tersebut memihak kepada bekas perdana menteri itu, berkata keputusan panel terdahulu akan diketepikan dan diteruskan dengan pendengaran rayuan.

"Jika permohonan itu dibenarkan, bermakna rayuan terakhirnya belum selesai, jadi beliau diletakkan dalam situasi seseorang yang masih menunggu rayuan terakhirnya. Sekiranya permohonan itu ditolak, bermakna berakhirlah kes itu. Hukuman yang dijatuhkan oleh panel terdahulu akan kekal, dan beliau perlu menjalaninya," katanya.

Muhammad Shafee Abdullah
Muhammad Shafee Abdullah

Sepanjang prosiding selama enam hari yang bermula pada 19 Jan itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah bahawa panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mendengar rayuan Najib telah melakukan kesilapan asas dalam undang-undang dengan tidak membenarkan penangguhan perbicaraan dan tidak membenarkan bekas peguam Najib, Datuk Hisyam Teh Poh Teik menarik diri.

Peguam itu juga berhujah bahawa catatan Facebook suami Tengku Maimun pada 11 Mei 2018, sebelum pilihan raya umum ke-14, boleh menimbulkan kebencian terhadap Najib.

Beliau berkata hakim tertinggi itu sepatutnya tahu mengenai catatan yang boleh dilihat oleh umum itu dan bertanya kepada pihak terbabit sama ada beliau patut menarik diri daripada panel tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram dalam hujah balas berkata tidak berlaku pelanggaran keadilan atau salah laku keadilan atau sebarang penyalahgunaan proses mahkamah dalam kes itu kerana pihak pembelaan diberi semua peluang untuk berhujah semasa rayuan terakhir.

Beliau berkata Hisyam memilih untuk tidak mengambil peluang yang diberikan atas alasan tidak bersedia dan Najib telah melantik peguam baharu dengan harapan untuk menangguhkan pendengaran rayuan itu.

Oleh itu, mahkamah berhak menolak penangguhan yang dimohon, katanya.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang kini hakim Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram, serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, jika gagal penjara lima tahun, dalam kes penyalahgunaan jawatannya. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Sah, Hukuman Penjara Najib Dikurang 6 Tahun

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Jasmine Loo Saksi Penting Dalam Perbicaraan Kes 1MDB, Najib - Pegawai Penyiasat

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Penternak Ikan Air Tawar Berdepan Risiko Kerugian Akibat Cuaca Panas

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Tak Mengaku Salah, Sebabkan Kematian Suspek Rompakan Berkumpulan

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis