web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Martabak RM20 Tular, Netizen Kata Melampau, ‘Ini Harga Kayangan’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 9:02PM

Foto yang tular di media sosial memaparkan harga sebiji martabak yang dijual RM20 bagi ramuan istimewa dan RM17 untuk jenis biasa. - Gambar tangkap layar Facebook Chulie Chan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penularan foto di media sosial memaparkan tag harga sebiji martabak yang dijual RM20 bagi ramuan istimewa dan RM17 untuk jenis biasa di sebuah bazar Ramadan, bukan sahaja mengejutkan netizen, malah mencetuskan persoalan mengapa ia terlalu ‘mahal’.

Ada netizen menganggap harga ditawarkan untuk martabak dengan isi ayam atau daging itu sebagai ‘kayangan’.

Segelintir lagi mendakwa, harga diletakkan peniaga terbabit umpama standard hotel lima bintang.

Ada juga yang meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turun padang untuk memantau harga dikenakan peniaga di bazar Ramadan, kerana ada antara mereka seolah-olah sengaja mengambil kesempatan.

Pada masa sama, netizen turut tidak ketinggalan meluahkan rasa marah dengan harga itu yang dikatakan ‘mencekik darah’.

“Makan nasi kerabu lagi sedap dan kenyang, RM20 boleh makan tiga orang, isteri tak payah masak,” kata Rosiman.

“Boleh beli seekor ayam ni,” ujar Rosita.

“Tak makan pun tak apa. Harga kayangan, tak mampu miliki,” tulis Azie.

“Kalau aku tak akan aku beli, baik aku beli beras tambah sikit lagi dah dapat 10 kilogram tu,” komen pula Opah.

“Ini barulah martabak kayangan, gila lah, mungkin seekor ayam kot dalam martabak dia, hmmm,” ujar seorang lagi pengguna.

Namun, ada netizen mengatakan harga ditetapkan peniaga itu tidak perlu dijadikan isu kerana ia sudah dinyatakan secara jelas, jadi terpulang kepada pembeli untuk membeli atau sebaliknya.

“Semuanya terpulang kepada pembeli, harga dah dinyatakan, kalau nak beli pergi beli kalau tak mahu tak payah beli, tak perlu nak viral periuk nasi orang, kalau aku memang aku tak beli mahal pada aku, makan roti canai je baru RM1.50,” respon Iepul.

Selain itu, ada netizen yang berpendapat sekiranya ramuan dan kuantiti bahan digunakan benar-benar berkualiti, mungkin harga diletakkan itu berbaloi.

“Kalau isi daging tu banyak tak apa, takut ada telur dengan bawang je,” komen Ishak. – Getaran, 29 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Temui Barisan Pelakon Blood Brothers Di Bazar Ramadan Terpilih!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kesan 3 Lelaki Edar Kad Pinjaman Wang Tanpa Lesen, Judi Di Bazar Ramadan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan