web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 8:49PM

Orang ramai juga harus memastikan pengendali atau penjual ikan buntal untuk tujuan dimakan, mempunyai pengalaman dan pengetahuan mendalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Masyarakat perlu mengelak daripada memakan ikan buntal yang tidak diketahui jenisnya, kerana semua spesis itu mengandungi toksin dan boleh menyebabkan keracunan jika dimakan secara tidak betul.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, mereka juga harus memastikan pengendali atau penjual ikan buntal untuk tujuan dimakan, mempunyai pengalaman dan pengetahuan mendalam.

“Sekiranya anda memilih untuk mencuba hidangan atau produk berasaskan ikan buntal, elakkan memakan bahagian tubuh ikan buntal yang mengandungi toksin seperti hati, kulit, usus dan ovarium. Bahagian ini perlu dibuang dengan betul sebelum dimasak.

“Ini kerana toksinnya yang dikenali sebagai tetrodotoxin tidak akan musnah walaupun dimasak pada suhu tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan balas terhadap isu keracunan makanan akibat ikan buntal yang membawa kepada kematian warga emas di Kluang, Johor, baru-baru ini.

Adnan berkata, pengguna yang membeli ikan di atas talian, terutama dalam bentuk filet, perlu cakna dengan spesies dan jenis ikan dibeli.

Katanya, peniaga pula perlu berwaspada dengan makanan dijual, termasuk ikan kerana Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan Peraturan:Bahagian III Kesalahan dan Keterangan-Seksyen 13 (1) a menetapkan bahawa adalah satu kesalahan jika mana-mana individu menyediakan atau menjual apa-apa makanan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan.

“Apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua duanya,” katanya.

Adnan memberitahu, terdapat beberapa jenis ikan buntal atau puffer fish (Lagocephalus sp) di Malaysia yang mengandungi toksin saraf (neurotoksin), tetapi mudah didapati.

Menurut statistik Jabatan Perikanan Malaysia katanya, jumlah pendaratan ikan buntal di Malaysia pada tahun 2020 adalah sekitar 1,337 tan, dengan pendaratan tertinggi di Perak (804 tan), diikuti Sarawak (228 tan) dan Sabah (192 tan).

Jelasnya, ikan buntal yang biasa ditangkap adalah dari spesies Lagocephalus iaitu ikan buntal pisang, antaranya ikan buntal pisang emas (Lagocephalus wheeleri), buntal pisang muda (Lagocephalus spadiceus), buntal pisang kasar (Lagocephalus lunaris), dengan ketiga-tiga spesies itu secara luaran kelihatan hampir sama.

“Segera dapatkan rawatan dari pusat perubatan jika mengalami gejala keracunan dalam tempoh 30 minit hingga 2 jam selepas memakan ikan buntal, seperti mual, muntah atau lemah otot.

“Racun tetrodotoxin ini boleh menyerang saraf dan membawa kepada kematian jika dimakan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, seorang wanita warga emas meninggal dunia pada Sabtu lalu, manakala suaminya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dipercayai mengalami keracunan selepas memakan ikan buntal. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, wanita berusia 83 tahun itu mula menunjukkan gejala sesak nafas dan menggigil.

Keadaan itu, katanya, turut dialami suaminya satu jam kemudian dengan gejala sama kira-kira jam 3 petang, selepas memakan ikan terbabit pada waktu tengah hari. 

“Kedua-dua pasangan tersebut dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang oleh anak mereka yang tinggal berasingan, sebelum si isteri disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam, hari sama. 

“Kes ini dianggap sebagai keracunan makanan disebabkan ikan buntal. Malah punca kematian diletakkan sebagai keracunan makanan dengan neurological manifestation resulting in respiratory failure with cardiac dysrhythmmia possible due to toxin ciguatera or tetradotoxin ingestion yang diperoleh daripada ikan buntal,” katanya.

Ling berkata, difahamkan, itu adalah kali pertama pasangan yang tinggal di Jalan Sin Tiam Chamek, Kluang tersebut menikmati masakan berasaskan ikan buntal, dengan mendapatkan bekalan daripada penjual secara pra-tempahan menerusi Facebook.

“Setakat ini, tiada laporan baharu diterima berkaitan kes itu dan semua ikan yang dijual pada tarikh berkenaan sudah diambil Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkenaan bagi tujuan analisis,” katanya. - Getaran, 29 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bangunan Simpan Baja Dan Racun Terbakar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Armila Beauty Miliki Racun Berjadual, Notifikasi Ditarik Semula - KKM

3

Selera 2 tahun yang lalu

Ikan Buntal Dari Jepun Selamat Dimakan – Persatuan Fugu Antarabangsa

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Wanita Thailand Didakwa Bunuh Sekurang-Kurangnya 12 Orang Dengan Racun Sianida 

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad