web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Thailand Didakwa Bunuh Sekurang-Kurangnya 12 Orang Dengan Racun Sianida 

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 7:04AM

Wanita berusia 36 tahun yang dikenali sebagai Sararat Rangsiwuthaporn, didakwa meracuni mangsa menggunakan sianida - Gambar Hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Polis Thailand menahan seorang wanita yang disyaki membunuh secara terancang sekurang-kurangnya 12 orang.

Wanita berusia 36 tahun yang dikenali sebagai Sararat Rangsiwuthaporn, didakwa meracuni mangsa menggunakan sianida.

Wanita yang sedang hamil empat bulan itu ditahan di Bangkok pada Selasa berikutan siasatan mengenai kematian seorang wanita baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Pol Jen Damrongsak Kittipraphat berkata polis percaya mungkin terdapat lebih ramai mangsa.

"Satu bilik gerakan akan ditubuhkan oleh Biro Polis Wilayah 7 untuk memudahkan orang ramai membuat laporan," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.

Beliau berkata bekas suami suspek yang merupakan pegawai polis dan kakaknya seorang ahli farmasi akan dipanggil untuk disoal siasat.

Sementara itu, Timbalan Komander Bahagian Pencegah Jenayah (CSD) Pol Kol Anek Taosupap berkata polis mendapatkan keterangan daripada dua individu penting dalam kes itu, seorang daripadanya mangsa yang dilaporkan terselamat daripada cubaan meracun yang dilakukan suspek.

“Selain pertuduhan pembunuhan terancang, polis akan mengenakan pertuduhan tambahan termasuk niat mencuri harta benda, meracun dan mencuri,” katanya.

Selain itu, katanya polis akan menyiasat dakwaan penglibatan suspek dalam pinjaman wang dan skim piramid.

Terdahulu, ibu dan kakak kepada mendiang Siriporn Khanwong dari Kanchanaburi memfailkan aduan yang membawa kepada penahanan suspek.

Siriporn telah menemani suspek untuk upacara merit, amalan Buddha yang penting, pada 14 April dan kemudiannya rebah dan mati di tebing sungai Mae Klong di Ban Pong di Ratchaburi.

Keluarga mangsa mengesyaki kemungkinan adanya perbuatan khianat memandangkan anak mereka membuat perjalanan bersama suspek pada awal bulan ini.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mencampurkan sianida dalam makanan Siriporn, yang akhirnya menyebabkan kematiannya.

Suspek didakwa mencuri barangan berharga milik mangsa.

Pada Rabu, Mahkamah Jenayah membenarkan permintaan polis untuk terus menahan suspek tanpa jaminan atas pertuduhan membunuh Siriporn. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad